Monday, February 11, 2013

Rawatan Secara Bekam : Adakah ia rawatan tradisional semata-mata? -Siri 1


PENGENALAN BERBEKAM

 

1.   PENDAHULUAN : NIAT

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar al-Khatab dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya semua amalan itu bergantung pada niatnya..” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)
Dalam sebuah hadith Qudsi yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabdanya, “ Allah berfirman, “Aku adalah Zat yang tidak memerlukan sekutu. Oleh sebab itu, barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang dia mempersetukan amalan tersebut untuk-Ku bersama selain-Ku, maka Aku berlepas diri darinya.”

Kita mengambil keputusan menjalankan BEKAM adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt, sebagai melanjutkan usaha sunnah Nabi SAW. Berbekam merupakan khidmat bakti kita kepada masyarakat yang memerlukan rawatan secara Islam.
“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya”
                                            Surah Al-ankabut : 69
 
2.   APA ITU BERBEKAM? 




   Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan istilah Melayu bererti pelepasan darah. Dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Hijamah yang bermaksud satu prosedur pembersihan darah dengan mengeluarkan sisa toksik daripada badan melalui kulit secara sedutan.
  Bekam adalah kaedah rawatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para Nabi terdahulu yang menjadi ikutan umat-umatnya hingga hari ini yang mana pengamal bekam telah dapat disembuhkan dengan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia di muka bumi ini dengan izin Allah SWT.
   Berikut adalah beberapa catatan hadis yang menyentuh rawatan bekam:

i.    Telah bersabda Rasulullah SAW " Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".                              Riwayat Ibnu Majah
 
ii.     Sabda Rasulullah SAW  "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"                           Hadis Riwayat  Malik
 
iii.     Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, toresan pisau bekam dan sundutan dengan api(kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku(berubat) dengan kay".                                    Hadis Shahih Al Bukhari
 
iv.      "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"
                                                                                   Hadis Riwayat At Thabrani

v.       "Sesungguhnya metod perubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah(bekam) dan fashdu(venesection)".                          Hadis Riwayat Bukhari-Muslim
 
Penulis berkeyakinan bahawasanya berbekam mempunyai kekuatannya sendiri untuk membantu rawatan secara naturapathy. Tubuh akan mampu pulih dengan sendirinya sekiranya unsur jahat/racun dalam tubuh dapat disingkirkan dari badan kita. Gabungan pemakanan kesihatan yang tepat dan teratur akan mengaktifkan lagi keberkesanan sesuatu rawatan. Insya Allah.
Ramai pengunjung blog ini menghadapi kesukaran untuk berkunjung ke rumah penulis untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di sini saya lakarkan sedikit gambaran peta ringkas bagi rujukan. Sila rujuk 0198565510 terlebih dahulu sebelum berkunjung. TQ





Tuesday, October 25, 2011

Insomnia : ...mengharapkan mimpi indah...


      Anda tergolong dalam pengaruh negatif insomnia sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
a. sukar untuk mengantuk
b. tidur yang kerap terganggu, eg gangguan mimpi etc
c. kerap terjaga semasa tidur malam dan sukar untuk tidur kembali
d. bangun terlalu awal waktu pagi (dini hari)
e. langsung tidak berkeupayaan untuk tidur sepanjang malam

   Diantara penyebab/pendorong gangguan insomnia:
a. Dalam buku Suwen (The Book of Plan Questions, Dinasti Han AD206-220BC) menyatakan gangguan perut(disharmony of the stomach) menjurus kepada insomnia.
b. Dalam buku Jinkui Yaolue (Summary from the Golden Chest), insomnia disebabkan oleh faktor kerja yang melampau atau lemah disebabkan kebimbangan yang teruk.
c. Dalam Dunia Perubatan Ketimuran (juga daripada Perubatan Tradisional Cina), insomnia disebabkan oleh:
   i.   menderitai sakit mental
   ii.  gaya hidup yang tidak sihat
   iii. gangguan fizikal
   iv. pengambilan drug/ubatan dadah tertentu.

   Apabila keharmonian dalaman diganggu, kestabilan shen semangat di dalam jantung terjejas dan insomnia kemudiannya akan berlaku .

Pencegahan adalah lebih mudah
Tahukah anda?      Laporan penyelidik dari Universiti of Alabama, Birmingham, Dr David B Allison  telah menunjukkan , individu yg tidur kurang daripada 4 jam dalam sehari berisiko 73% untuk mengalami obesiti (dan 50 % bagi mereka yang tidur hanya 5 jam sehari).
  Jika kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab  mengawal selera  dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak untuk memberitahu yang badan kekurangan makanan dan  seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang.

    Walau bagaimanapun, pencegahan awal boleh dilakukan sendiri bagi seseorang yang merasakan ia akan menghidap masalah gangguan tidur. Berikut adalah beberapa saranan yang kita boleh lakukan:


Cuba elakkan faktor penyebab insomnia iaitu ELAKKAN:-
a. meminum minuman yang mengandungi kafein ( eg kopi, teh, minuman kola) dan alkohol, merokok, mengunyah tembakau 2-4 jam sebelum masuk tidur.
b. tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
c. Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur(cuba selesaikan terlebih dahulu)
d. memaksa diri untuk tidur atau merasa risau mengenainya
e. tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Anda boleh cuba mengamalkan:
a.  Bersenam secara tekal  3-5 kali seminggu. Tetapi senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
b. Berehat sebelum tidur. Berhenti dari membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara untuk menenangkan diri  dan  mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Apabila fikiran anda terlalu aktif,anda akan bermasalah untuk berehat.
c. Pastikan persekitaran tidur anda selesa dan menggunakan pakaian tidur yang longgar. Jangan menggunakan tempat tidur anda sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.
d. Jika anda berbaring dalam keadaan jaga untuk melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda, seperti:
• Mandi air suam
• Minum susu suam.
• Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan.
e. Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.
f.  Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan ahli Farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubatan yang menyebabkan masalah tidur.

Perlukah Saya Berjumpa Doktor?

         Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika insomnia berlarutan atau mula mengganggu kerja atau aktiviti harian anda, terutamanya jika menderitai insomnia kronik
(yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit.  

 Peringatan: Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor.  Pil tidur digunakan untuk menghilangkan masalah  tidur untuk  sementara waktu  pada waktu-waktu tertentu sahaja. 

 

Berikut juga merupakan cadangan point-point urut bagi meringankan masalah insomnia:


Rumusannya: Mencegah adalah lebih mudah dari merawat. Berikut merupakan gambaran mudah komplikasi insomnia ke atas penghidapnya:







Menurut hemat saya, fenomena insomnia sangat berkait rapat dengan gangguan saraf tubuh. Ini akan menyebabkan pesakit juga akan mengalami gangguan sistem imun (pertahanan tubuh)  sehingga mudah mengalami demam/selsema biasa, gangguan sistem pencernaan sehingga mengalami masalah sembelit atau cirit birit, Sistem Peredaran yang menyebabkan kerap sakit kepala dan pening. Oleh itu, saya amatlah menyarankan pesakit cuba mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan bekam dengan segera.
                                                                             -Ahmad Abdullah

Rujukan : 019-8565510

Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.


di alamat: No 292G, Jln Bunga Tanjong, Gita, Kuching.



Sunday, October 2, 2011

Insomnia : Menggigit emosi dan jasad...


Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

          Insomnia  ialah kesukaran untuk tidur (tidur tidak nyenyak) atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun ia telah tidur secukupnya. Oleh itu, pesakit  insomnia akan merasa tidak cukup tidur, tidak dapat tidur nyenyak  malam hari dan kurang aktif (tidak bertenaga) di siang hari.

           Tanda tidur yang mencukupi  ialah apabila anda bangun pada pagi hari dan  merasa bertenaga dan telah  berehat secukupnya . Sebanyak mana tidur yang anda perlukan pula bergantung kepada individu dan mungkin hanya empat jam semalam atau mungkin hingga 10 jam. Fisiologi tidur akan berubah apabila umur seseorang meningkat.  Tempoh tidur di  kalangan warga tua adalah lebih pendek, kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga pada waktu malam. Warga tua mungkin akan  lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak pula biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.
Jadi, Insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri.

Jenis-jenis Insomnia
a.     Insomnia Sementara-Ia bergantung pada keadaan, biasa disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup-mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri sesuatu akan berlaku.Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.
b.    Insomnia Jangka Pendek- Jika kes lebih banyak tekanan yang datang (eg. kematian seseorang yang amat disayangi / dibuang kerja / penceraian), Insomnia sementara mungkin melarat menjadi Insomnia jangka pendek, biasanya Insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.
c.    Insomnia Kronik- Jika Insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi Insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan kepada beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, gangguan fisiologi, penyalahgunaan alkohol/dadah. Jadi, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca Insomnia kronik jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.
 
 Simptom-simptom Insomnia
• Sukar untuk tidur (berbaring dalam keadaan jaga) lebih daripada sejam atau
   lebih sebelum dapat melelapkan mata.
• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, kerap terjaga beberapa kali
   di waktu malam.
• Terbangun di awal pagi, kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
• Terasa letih/mengantuk pada waktu siang dan Ini menyebabkan kerap tidur
   di siang hari.

Faktor-faktor Punca Insomnia
a.    Faktor Gaya Hidup- Sikap dan ubatan boleh menyebabkan berlakunya Insomnia, memburukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat buruk meminum alkohol, kafein (eg. kopi) dan merokok juga penyebab utama. Faktor gaya hidup seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa berkerja, perjalanan yang jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi akan menjadikan menyebabkan insomnia semakin teruk. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja.

b.    Masalah-masalah kesihatan– Penyakit yang menyebabkan rasa sakit (eg.  Angina Pektoris, Artritis, kanser, Ulser Peptik atau Refluks saluran Gastrousus), dan masalah pernafasan (eg. asma, Bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap membuang air kecil (eg. penyakit kencing manis). Masalah-masalah Penyakit lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson  dan masalah buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

c.    Masalah psikiatri– seperti kemurungan, gangguan keresahan, gangguan bipolar, Skizofrenia, penyalahgunaan dadah atau ubat-ubatan juga boleh menyebabkan insomnia.

d.    Persekitaran tidur yang tidak selesa– Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapal terbang, bunyi televisyen jiran bilik yang terlampau terang atau suhu bilik yang terlampau sejuk atau panas, bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga menjejaskan kualiti tidur.
 

Biasanya pesakit akan secara tidak sedar tidur dengan nyenyak semasa menjalani bekam. Menurut pengalaman kami, pesakit insomnia akan mudah tidur malam (nyenyak) setelah menjalani fasa-fasa rawatan bekam yang betul. 

      Menurut hemat saya, fenomena insomnia sangat berkait rapat dengan gangguan saraf tubuh. Ini akan menyebabkan pesakit juga akan mengalami gangguan sistem imun (pertahanan tubuh)  sehingga mudah mengalami demam/selsema biasa, gangguan sistem pencernaan sehingga mengalami masalah sembelit atau cirit birit, Sistem Peredaran yang menyebabkan kerap sakit kepala dan pening. Oleh itu, saya amatlah menyarankan pesakit cuba mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan bekam dengan segera.
                                                                             -Ahmad Abdullah

Rujukan : 019-8565510


Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.


di alamat: No 292G, Jln Bunga Tanjong, Gita, Kuching.






Saturday, March 19, 2011

Kencing Manis : Serangan Senyap Yang Perlukan Tindakan Segera

      Secara mudah, kencing manis merupakan sejenis penyakit yang air kencingnya mengandungi zat gula yang akan mengakibatkan pesakit mengalami keadaan tidak bertenaga (lemah tubuh badan), sukar memperoleh kesembuhan kesan luka dan penyakit kulit (gatal), pemandangan merosot dengan ketara, sakit kepala dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes pesakit tidak mengalami simptom seperti tersebut tadi, dengan lain perkataan pesakit tidak menyedari mereka adalah pesakit kencing manis.
       Secara tegasnya, penyakit ini berhubungan dengan keadaan tubuh yang lemah dalam  menjalankan proses metabolisma (pembakaran zat kepada gula) yang berhubung dengan gula. Penyakit ini di antara lainnya disebabkan oleh kekurangan Vitamin B1, B5 dan C (yang mana madu lebah mampu membekalkan sumber tersebut). Vitamin C juga dipercayai dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Madu lebah mempunyai bahan gula yang lebih mudah diserap: mempunyai nisbah yang tinggi daripada bahan Potassium, membolehkannya membantu mengurangkan nisbah ketinggian tahap gula dalam darah.


Selaku juru bekam al-Yakin (Kuching), saya amat berpegang bahawasanya
sangat penting pengambilanterus air madu dan susu kambing sebagai
memaksimakan keberkesanan rawatan setiap kali selepas berbekam. Insya Allah"
-Ahmad Abdullah

Cadangan Penyediaan Pemakanan Berasaskan Madu bagi Membantu Pesakit
 1.  Madu diminum 3 sudu besar sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sebaiknya dijadikan amalan tetap.

2.  Madu 5 sudu besar + 500g Kurma(diadun bersama) dan diamalkan sebelum makan berat. Hendaklah diamalkan sehingga sembuh. Pandangan peribadi saya, ini bertujuan memberikan tenaga yang diperlukan pesakit disamping menambahkan kenyang agar pesakit tidak mengambil makanan karbihidrat tinggi(untuk rasa kenyang). Pemakanan ini juga membantu merawat punca penyakit yang berawal dari sistem penghadaman (dari mulut-esofagus-perut-ke-dubur).

3.  Madu 3 sudu besar + Pokok misai kucing (2 pokok, semua bahagian) dibersih-direbus-ditapis. Diadun bersama, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

4. Madu 3 sudu besar + Pokok Pegaga (yang berdaun besar, semua bahagian) dibersih-direbus-ditapis. Diadun bersama, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

5. Madu 3 sudu besar + Serbuk Jintan Hitam 7 sudu besar + Air suam 1 gelas. Bahan diadun, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

6. Madu 3 sudu besar + Akar Hempedu bumi + Perahan Limau Nipis 1 biji. Bahan diadun, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.
 
Pemerhatian Daripada Rawatan Berbekam 

Rawatan bekam setelah beberapa fasa rawatan asas.

 
Rawatan bekam mesti dilakukan dengan berhati-hati dan 
diuruskan oleh juru bekam yang berpengalaman.

Rawatan mesti bermula dari menyingkirkan unsur racun/rosak dalam tubuh
disamping mengaktifkan saraf dan organ penting tubuh.

Perhatikan keadaan unsur rosak dan unsur keracunan pada
darah yang dikeluarkan dari point bekam pesakit diabetes.

"Selaku juru bekam al-Yakin, saya amat mengesyorkan rawatan bekam 
dilakukan dengan kadar segera, agar tahap kerosakan tubuh diminimakan
dan proses penyembuhan dapat berkesan sebaik mungkin."
-Ahmad Abdullah

Ref: 0198565510
Lokasi Kami: Kuching, Sarawak
Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatan rawatan dan khidmat nasihat pemakanan kesihatan.

Sunday, March 13, 2011

Kencing Manis : Antara Mitos dan Fakta sebenarnya...

      4-5 dekad dahulu, masyarakat kita (kampung) selalu menganggap gejala-gejala dan komplikasi kencing manis (yang ketika itu belum mengetahui keadaan sebenar) sebagai 'buatan orang'. Lingkungan 2 dekad kemudian, ramai pula yang menganggap penyakit ini hanya dihidap oleh warga tua / warga pencen; malah Tinjauan Kesihatan Kebangsaan 1998 mendapatkan bahawa kes kencing manis Jenis II adalah sebanyak 0.8% di kalangan individu 18-29 tahun, manakala 3.3% di kalangan individu berusia 30-50 tahun.
     Malah kini ramai juga yang menganggap kencing manis adalah masalah genetik (keturunan) dan tiada apa yang dapat untuk menghindarinya. Genetik memainkan peranan penting dalam kebarangkalian berlakunya kencing manis, tetapi masih lagi banyak faktor lain penyebabnya seperti pemakanan atau diet melampau dan gaya hidup kurang bersenam.
      Kencing manis atau Diabetes mellitus dengan perkataan mellitus bermaksud rasa manis dikhuatiri akan meningkat penghidapnya sehingga ke 300 juta masa kini. Semakin membimbangkan penyakit ini meningkat di kalangan golongan muda terutama individu yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan kualiti pengambilan pemakanan/diet harian. Ramai pula yang tidak menyedari mereka mengalami masalah paras gula tinggi dalam badan (yang dipanggil Kerintangan Insulin) secara sambil tidak endah untuk melakukan Penyaringan Kesihatan secara berkala. Justeru itu, ramai yang tidak sedar mereka meniti 'laluan' untuk mendapat diabetes, sakit jantung atau kedua-duanya sekali. 
Apakah Diabetes ?
Ia merupakan keadaan kekurangan insulin yang disebabkan oleh:
    a. Organ Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi
    b. Insulin yang dihasilkan tidak berkesan (disebabkan kekurangan  nutrien tertentu
        atau enzim)
Ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel tubuh badan tetapi dengan peningkatan paras glukosa ia melimpah keluar ke dalam air kencing. Tanpa berfungsinya insulin, sel badan berkeadaan tanpa glukosa dan menyebabkan badan kekurangan tenaga, walaupun paras glukosa tinggi dalam darah. Keadaan seperti hiperglisemia (keadaan paras gula tinggi dalam darah) ini amat bahaya dan boleh menyebabkan simptom seperti loya, muntah dan sakit perut. Jika keadaan bertambah teruk, orang terbabit akan berasa mengantuk dan mungkin tidak sedarkan diri(koma) yang boleh membawa kepada maut.

Terdapat 2 Jenis Diabetes:
a. Jenis I - Diabetes yang Bergantung Pada Insulin (Insulin-dependent)
b. Jenis II - Diabetes Tanpa Bergantung Pada Insulin (non-Insulin dependent)

Diabetes Jenis I
Diabetes Jenis II
Jarang berlaku tapi keadaannya lebih teruk
Biasa berlaku
Di kalangan usia 10-16 tahun
Di kalangan lebih dewasa 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat-pengeluaran insulin dari pankreas  dimusnahkan
Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak cukup, gula meningkat
Tiada sejarah keluarga penghidap diabetes
Ada sejarah keluarga penghidap diabetes
Tidak dikaitkan dengan obes (kegemukan)
Di kalangan obes (kegemukan) meluas
Pesakit mengalami simptom/tanda serius
Merupakan ‘Penyakit Senyap’, biasanya tanda keluar secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi penyakit
Rawatan : Pemakanan dan Suntikan Insulin
Rawatan:Pemakanan + Senaman(kurangkan berat) + makan ubat + Suntikan Insulin(bagi kes tertentu)

Apakah Faktor Risiko Diabetes?
Sesiapa sahaja, namun sesetengah orang pula lebih mudah menghidap diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang tersebut seperti:
a. Obes(kegemukan)                 b. Gaya Hidup Tidak aktif                c. Faktor Usia
d. Sejarah Keluarga Diabetes     e. Faktor Pemakanan- kaya lemak dan kurang serat
f. Bangsa                            
g. Autoimmune disorder-gangguan dalaman yang merosakkan pankreas
h. Infeksi virus- yang merosakkan pankreas yang akan meransang faktor (f) di atas.


Apakah Simptom-simptom Diabetes?
a. Selalu merasa dahaga                        b. Mudah letih dan lesu
b. Kerap Kencing                                  d. Penglihatan jadi kabur
e. Kebas kaki/tangan                            f. Rasa berdebar-debar
g. Susut berat badan walau berselera      h. Luka/Kudis lambat sembuh
i. Gatal terutamanya pada bahagian kemaluan
j. Jangkitan kulit yang berulangan
 
 Saringan Kesihatan sangat penting tanpa mengira usia anda...

Apakah Komplikasi Diabetes?
      Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.
      Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Keadaan darah kaki dibekam dari pesakit yang mengadu
kebas-kebas kaki dan lemah badan (bukan pesakit diabetes),
tetapi setelah diuji darah bekam dengan glukometer, bacaannya 13.6 

Pesakit adalah dinasihatkan agar mengikuti fasa-fasa rawatan
bekam secara tetap untuk mendapatkan kesan penyembuhan
yang sebaiknya, disamping mengambil pemakanan kesihatan 
yang dicadangkan.

Post berikutnya akan membincangkan cara rawatan dan pemakanan kesihatan berasaskan madu ke atas pesakit diabetes, dalam kadar segera insya Allah. Terima kasih.

Ref : 0198565510
Lokasi Kami: Kuching, Sarawak
Sila buat temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan.