Sunday, January 23, 2011

Madu Lebah : Rawatan Penyakit Dengan Asasnya Madu Lebah

     Berikut beberapa panduan kepenggunaan madu lebah berasaskan madu lebah sebagai bahan adunan. Panduan ini adalah  diambil dari bahan rujukan terpilih dan rujukan juga kepada pengamal-pengamal perubatan berasaskan madu lebah.

Beberapa hal yang perlu diambil pertimbangan terlebih dahulu ialah:

a. Pada asasnya, TIADA sebarang keracunan dalam rawatan berasaskan madu lebah, memandangkan madu itu sendiri adalah makanan dan juga ubat.

b. Kebiasaannya pasti ada perbezaan pendapat tentang bahan dan kuantiti sebagai adunan ubat berasaskan madu lebah, merujuk kepada kebiasaan amalan setempat, faktor geografi, bangsa etc. Anda boleh memilih berdasarkan keperluan dan kepercayaan anda.

Pengenalan: 
      "Daripada perut lebah itu keluar minuman(madu) yang beraneka warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi(keseluruhan penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda(Kebesaran Allah swt) bagi orang-orang yang memikirkan ( ahli ilmu, sarjana-sarjana, pengkaji-pengkaji)".                       (Surah An-Nahl : 69)


1.  Alahan(allergic) :
Punca masalah adalah daripada sensitiviti tubuh badan kepada benda asing yang memasuki tubuh badan. Sensitiviti yang melampau terhadap tindak balas makanan, udara, tempat, bahan kimia tertentu, binatang etc, ini disebabkan oleh darah mengalami gangguan keracunan(timbunan) atau keadaan darah 'kotor' sehingga sistem imun badan eg Ig badan kita sangat sensitif dan melampau. Ini juga disebabkan badan kita kekurangan Vitamin B6, Vitamin C dan manganese. Oleh itu, nutrien air madu yang kaya dengan bahan tadi penting dalam rawatan.
Cadangan rawatan:
a. Air madu diminum 2 sudu besar, setiap 4 jam
b. Selepas rawatan bekam: disarankan minum susu kambing atau air madu seperti para a.

2. Sukar buang air besar.
Rawatan :
a. Air madu 1 sudu besar + susu cair sejuk 1 gelas. Diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan pada awal malam. Amalan ini membantu membersih dan menyegarkan sistem penghadaman kita.

 
3. Kanak-kanak Batuk
 a. Madu 1 sudu kecil dicampur sebati bersama 1 cawan susu suam. Diminum 1-2 sudu setiap 4 jam.
Ramuan ini juga sangat sesuai untuk merawat Serak Tekak Kanak-kanak, Lendir(balgham) pada kanak-kanak, Mengawal atur suhu badan kanak-kanak.


4. Anaemia (Kekurangan darah merah)
Keadaan ini disebabkan kekurangan Vitamin C dan zat asid Folik. Kehadiran kedua-duanya dalam air madu dapat membantu penyakit ini.
a.  Air Madu 1 sudu besar dicampur sebati dengan susu 1 cawan. Amalkan waktu sarapan pagi, tengah hari dan sebelum malam. Ramuan ini juga sangat sesuai untuk masalah susah tidur (Insomnia).


5. Meningkatkan sistem imun dan mencegah jangkitan penyakit(antibiotik semula jadi)

a. Madu 1 sudu besar diadun bersama 1 sudu jintan hitam(habbatus sauda'), diamalkan awal pagi, tengah hari dan awal malam.


6. Asma (lelah)

a. Madu 2 sudu besar + Perahan Limau Nipis 1 biji. Diminum awal pagi, tengah hari dan awal malam.

b. Madu 1 sudu besar + Minyak jintan hitam 1 sudu kecil + air suam 1 cawan. Ketiga-tiganya dicampurkan, sebaiknya hidu(sedut) baunya ke hidung dahulu sebelum terus diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.

c. Madu 3 sudu besar , asam jawa 2 sudu besar , gula batu 5 biji , air suam 1 cawan.   Penyediaan: Asam dan gula batu dihancurkan dan dimasukkan dalam air suam, dan ditapis. Kemudian masukkan madu. Minum 2 sudu untuk 3 kali sehari.


7. Badan Sentiasa Rasa Lemah

Madu mempunyai bahan bagi tujuan pemulihan tenaga, memperbaiki jalinan-jalinan dalam tubuh dan mempunyai kuasa penyembuhan luar biasa. Madu mempunyai kaya dengan vitamin A, B, C, D, dan E yang berfungsi untuk menguatkan badan yang lemah.

a. Madu 1/2 cawan + air susu 1/2 cawan. Diminum 2-4 sudu besar pada awal pagi, tengah hari dan sebelum malam.

b. Madu 1 sudu besar + Minyak Zaitun 1 sudu besar, diadun sehingga sebati dan diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.


8. Batuk Berdahak

a. Madu 2 sudu besar, dijilat dan dicampur dengan air liur, digerakkan dalam mulut dan ditelan.Buat beberapa kali sehingga ada kesan yang baik.

b. Madu 1 sudu besar + Perahan Limau nipis 1/2 biji. Keduanya dicampur sebati. Diminum 1-2 sudu besar, 3 kali sehari termasuk sebelum tidur malam.


9. Batuk Berdarah

a. Madu 2 sudu besar + telur ayam kampung 1 biji. Diadun sebati dan diminum. Perlu disediakan dan diulangi jika perlu.


10. Batuk Berkahak

a. Madu 3 sudu besar + Jintan Hitam(Habbatus sauda') 1 suduu kecil. Jintan hitam diproses halus dan diadun sebati dengan madu. Diminum terus, perlu diulangi jika perlu.

b. Madu 3 sudu besar + asam jawa 3 sudu besar. Keduanya diadun sebati, ditelan 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

c. Madu 3 sudu besar + Halia 3 kerat + Perahan limau nipis 1 biji. Halia di proses lumat dan dicampur kesemuanya sehingga sebati, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

Akan disambung dalam post berikutnya...

RUJUKAN: Rawatan berbekam adalah sangat disarankan untuk membantu pemulihan dan penyembuhan yang lebih baik.


Masalah asma dan mudah demam tidak boleh dipandang ringan untuk memastikan pertumbuhan sihat dan kecergasan mereka di dalam persekolahan mereka terjamin. 
Rujukan : 0198565510
Sila buat temujanji untuk mendapatkan khidmat nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan. TQ

Thursday, January 20, 2011

Migrain : Menghukum Penderita Sepanjang Hayat


    

      Migrain dideritai oleh 10% daripada kependudukan umum. Ia boleh mengenai lelaki atau wanita tetapi ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita(iaitu 75%) disebabkan oleh faktor perubahan hormon.
     Sesetengah wanita yang menderitai migrain tidak mengalaminya semasa mengandung tetapi kembali muncul selepas melahirkan anak.



Siapakah yang biasa menderitai migrain?




       Migrain boleh mengenai semua peringkat umur, bermula dari kanak-kanak tetapi lebih kerap di kalangan remaja dan dewasa , sedangkan agak kurang di kalangan mereka yang berumur. Migrain juga dihidap oleh beberapa ahli dalam sesebuah keluarga.
       Migrain merupakan sakit kepala yang berdenyut-denyut, dan biasanya dikaitkan juga dengan keadaan gangguan penglihatan, rasa loya, muntah ,ceret-beret mahupun sembelit, sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising.

Penghidap migrain perlu mendapat
rawatan segera untuk mengelakkan
lebih banyak kerosakan saraf otak.

Apakah pencetus migrain?










a.    Stress atau gangguan emosi
b.    Makanan tertentu eg keju(makanan tenusu), kafein, cokelat, alkohol, sesetengah jenis perisa(MSG) dan pengawet, hati ayam, buahan sitrus, redwine  etc.
c.    Terlalu lapar
d.   Keterlaluan bekerja atau aktiviti lasak
e.    Mengambil beberapa jenis dadah (ubatan) eg pil pencegah hamil, pil darah tinggi
f.     Kecerderaan kepala
g.   Gangguan rangsangan eg bunyi bising atau cahaya terlalu terang
h.   Ketidak seimbangan hormon

Apakah yang berlaku semasa migrain?

        Belum dapat dikenal pasti lagi sepenuhnya keadaan yang menyebabkan migrain berlaku. Dipercayai perubahan pembuluh darah pada bahagian otak penyebab utama kepada migrain. Perubahan yang walaupun sedikit ini boleh menyebabkan migrain disebabkan kesensitifan otak menyebabkan seseorang rasa tidak sihat. Keadaan serius ini juga dipercayai disebabkan oleh keradangan secara kimia ke atas pembuluh darah yang seterusnya menyebabkan rangsangan gangguan sistem saraf.

Berapa kerap migrain mengganggu?
a.    Jarang- iaitu sekali setahun atau kurang
b.    Beberapa kali sebulan atau
    
Beberapa kali seminggu dan kekerapan ini berbeza di antara individu. Ada juga wanita yang menghidap  migrain sejurus setiap kali sebelum kedatangan haid.

Berapa lama migrain mengganggu?
Biasanya migrain akan berakhir selepas beberapa jam, tetapi ada juga kes berlarutan sehingga beberapa hari.




Apakah simptom-simptom Migrain?
a. Migrain Tanpa Aura :  1. Kesakitan – biasanya bahagian sebelah
                                        kepala. Sangat sensitif pada gerakan,
                                        bunyi dan cahaya.
                                       2. Loya
                                       3. Muntah

b. Migrain dengan Aura :
                1.  20 minit sebelum sakit kepala akan disertai aura:-
                          a. loya dan muntah               b. blind spot besar
                          c. penglihatan berbintang       d. zig-zag
                          e. bunyi @ bau aneh              f. kebas sebelah
                                                                       badan
                2. Sangat sensitif pada cahaya
                3.Dalam sesetengah kes- lumpuh sebelah badan

Apakah langkah yang harus diambil jika migrain?
F  Berbaring,rehat … tidur di dalam bilik sunyi dan gelap
F  Mandi sejuk @ letak pek ais pada bahagian sakit
F  Kenalpasti pencetus migrain dan cuba atasi @ elakkan
F  Dapatkan nasihat doktor dan pain killers yang disarankan

 
RUJUK : 019-8565510
SILA BUAT TEMUJANJI UNTUK MENDAPAT NASIHAT PEMAKANAN KESIHATAN DAN RAWATAN.

 

Monday, January 17, 2011

Sakit Kepala (Headache) - rawat segera


     Secara umumnya, 3 daripada 4 orang di seluruh dunia menderitai headache (sakit kepala).  Kegagalan mendiskripsikan keadaan sakit kepala boleh menyebabkan kita terperangkap dengan masalah besar, iaitu kegagalan mengesan penyakit sebenar.  Jika ini berlarutan, seseorang itu mungkin akan berdepan dengan penyakit berbahaya seperti -kanser otak yang berselindung di sebalik sakit kepala.

       Sakit kepala - boleh diterjemahkan  sebagai rasa sakit seperti berdenyut-denyut pada bahagian kepala. Secara umumnya terdapat 2 jenis headache iaitu :
       a. Tension headache                                         b. Migrain


TENSION HEADACHE

        Ia disifatkan sebagai sakit kepala biasa, yang melibatkan kesakitan atau berat pada bahagian atas kepala (ubun-ubun) atau bahagian leher (tengkok). Tension headache  TIDAK dikaitkan dengan muntah atau gegaran pergerakan, MALAH ianya boleh berlaku  dan dialami setiap hari, oleh setiap orang tanpa mengira umur.

        Ada yang diikuti dengan rasa loya,dan keadaan ini mungkin menjadi lebih teruk. Tambahan pula, jus gastrik yang dihasilkan dalam perut boleh mencegah penyerapan beberapa analgesik tertentu,menyebabkan ubatan itu tidak berkesan mengurang sakit.

Simptom-simptom:
           a.    Mencucuk-cucuk. Kesakitan kadang-kadang pada bahagian
          atas kepala atau pada bahagian leher.
b.  Lembut dan sakit pada bahagian leher.

Tahukah anda?     Sekiranya anda kerap mengalami sakit kepala, ini menunjukkan sebahagian besar (lebih 70%) daripada saluran pembuluh darah anda mengalami gangguan(sekatan) yang lebih menjurus kepada simptom tersembunyi –hipertensi!

Sedarkah anda?   Sekiranya anda kerap mengalami sakit kepala, berat di bahagian belakang kepala, lenguh@keras pada bahagian tengkok dan bahu menandakan anda sebenarnya penghidap hipertensi  yang lebih menjurus kepada keadaan -high blood cholesterol; seterusnya kecenderungan untuk menghidap penyakit jantung !

Penyebab-penyebab:

Faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyebab headache:
  1. Stress- perasaan lampau marah, perubahan cuaca, kesedihan, terkejut, atau terlalu penat.
  2. Keadaan posture badan yang buruk dan kurang pergerakan dalam jangka masa yang panjang eg tidur terlalu lama
  3. Kemurungan (tertekan)                                
  4. Kurang tidur
  5. Masalah gangguan penglihatan  eg penggunaan kaca mata yang tidak sesuai.
        Sakit kepala dan rasa pening adalah dua keadaan berbeza yang sering disalah ertikan oleh kebanyakan umum.  
       Pening kepala-diertikan sebagai rasa melayang, tidak stabil, terhuyung-hayang sehingga membawa perasaan seakan-akan persekitaran berpusing-pusing dan pandangan berpinar-pinar atau bayangan seperti berlakunya sesuatu pergerakan pada dirinya  atau  benda lain di persekitarannya.  Dalam istilah perubatan, keadaan pening ini disebut sebagai  dizziness  atau dan  vertigo.

   Keadaan pening ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan lazim disebabkan oleh:
a.    Gangguan pada radas Vestibulum  di telinga.
b.    Keadaan tekanan darah rendah yang mungkin berpunca dari Anemia atau demam-demam seperti denggi, demam panas etc.
c.    Gangguan ritma jantung tidak normal/seragam (arrthymia) bagi pesakit jantung.
d.   Pengambilan sesetengah jenis ubatan.             
e.  Hipertensi

    Manakala gejala berlarutan vertigo mungkin berpunca dari keadaan:
a.    Gangguan pada sistem vestibular                   
b.  epilepsi(sawan)
c.  Stroke atau angin ahmar (kerana kerosakan pada pangkal otak)


Beberapa simptom jelas mengenai vertigo:
a.    Pandangan menjadi dua gambaran (diplopia)
b.    Berasa sakit kepala seperti migrain (kadang-kadang kuat) terutama semasa hendak berpusing dan mengalihkan pandangan dari satu arah ke arah lain.
c.    Berasa tidak stabil semasa hendak bangun dari duduk
d.   Ingatan menjadi lemah
e.    Kurang bermaya
f.     Pening diikuti rasa mual dan muntah

Walau bagaimanapun,
 1. Vertigo boleh diubati dengan mengesan punca vertigo berlaku.
 2. Risiko bahayanya pula bergantung pada tahap penyakit ini berlaku.

Langkah-langkah atasi Sakit Kepala dan Pening
    a. Berbaring                                           b. Jauhi pancaran
                                                                   matahari
    c. Tuam mata                                         d. Tenangkan fikiran
    e. Kurangkan kafein                                f.  Selalu bersenam
    g. Berhenti merokok                               g. Elakkan mengambil
                                                                   alkohol

Peringatan:
   Dapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor sekiranya:
    a. Kerap sakit kepala         
    b. Kejang bahagian leher dan demam(Kemungkinan meninggitis)
    c. Kebas dan lemah kaki atau tangan, gangguan penglihatan dan
       kesukaran bercakap (kemungkinan strok)



Pesakit mengadu kerap sakit kepala
dan sukar untuk tidur



Darah yang diambil dari pesakit yang
menghidap hipertensi dan diabetes.




Sila dapatkan temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan.

Rujukan : 0198565510

Monday, January 10, 2011

Madu Lebah : Keajaibannya Disebut-sebut Sepanjang Zaman


Surah An-Nahl:69 " ...Di dalamnya MADU menjadi penyembuh bagi penyakit manusia".

Manakala para Doktor Islam mengakui bahawa MADU itu menjadi ubat penting bagi pesakit diabetes(kencing manis) dan hipertensi(tekanan darah tinggi)...



Dalam maksud al-Hadis pula : "Hendaklah kamu menggunakan DUA PENAWAR, iaitu MADU LEBAH dan AL-QUR'AN"


Naskah perubatan tertua dunia iaitu dalam Tamaddun Sumeria(2000BC) menyebut MADU digunakan sebagai adunan ubat

Ahli Perubatan Mesir menyatakan MADU digunakan untuk rawatan luka, sakit mata, kudis, sembelit, membantu kencing(lawas), radang kaki dan penyakit lutut.


Hippocrates (460-377BC), ahli perubatan Greek(Bapa Perubatan Moden) menggunakan MADU di dalam pelbagai rawatan penyakit.


Sistem Perubatan AYURVEDIC banyak menggunakan MADU untuk mengubat batuk, lelah, kulit, cirit-birit dan sembelit. Ramuan susu-madu pula dapat membantu
 awet muda. 


Socrates menganggap MADU lebah sebagai "Ubat Ajaib" untuk pelbagai jenis penyakit, menyuburkan badan sehingga umur Socrates mencecah 107 tahun.


"Sesiapa yang meminum MADU lebah 3 pagi setiap bulan tidak akan dijangkiti penyakit
yang membawa mudarat"                     
-Fazlul Karim,1938


Dunia Perubatan China menyebut MADU mampu memanjangkan umur, merawat penyakit perut
 dan usus, menyejuk badan. Adunan MADU-GINSENG digunakan untuk merawat penyakit urat saraf.



Bagi masyarakat Melayu, MADU digunakan sebagai Raja Ubat (Mohd Noh A.R 1990) dan digunakan dalam adunan tonik, makjun, jamu; juga diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk penyembuhan sistem peranakan. Disebabkan keistimewaan MADU di dalam jagaan kesihatan maka ia mendapat banyak gelaran seperti "Teman Penjagaan Kesihatan Terbaik Manusia", "Susu Orang Tua", dan "Raja Gula". 




Seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan mengadu halnya : "Sesungguhnya saudara saya sakit perut(cirit-birit)". Sabda Rasulullah SAW: "Berikanlah MADU lebah".

Rasulullah SAW bersabda:
"Kesembuhan itu berlaku pada 3 perkara
1. Pada(menerusi) torehan tempat bekam,
  2. atau pada(menerusi) minuman madu,
  3. atau pengubatan dengan api(besi panas); sedang saya melarang umat saya dari menggunakan besi panas"



Rujukan : 0198565510
Sila buat temujanji untuk mendapat rawatan dan nasihat pemakanan kesihatan. TQ

Sunday, January 9, 2011

Madu Lebah : Penemuan Luar Biasa Sepanjang Zaman

Madu lebah  mengandungi kebanyakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam perkadaran yang amat seimbang.

Bahan-bahan Zat Penting Yang Terdapat Dalam Madu Lebah

Vitamin B1 - penting dalam metabolisme hidrogen karbidat dan masalah saraf
                  - Berkesan merawat keletihan, mengantuk, gangguan tidur dan
                  -meredakan ketegangan urat

Vitamin B2  - Meransang pertumbuhan kanak-kanak
                   -membantu menguatkan badan , melambatkan tua
                   -membantu mengatasi kekurangan darah dan
                   -meningkatkan sistem imun(pertahanan badan)
                  - Meningkatkan fungsi hepar (hati) dan menguatkan otot

Vitamin B3 -Memelihara kecantikan

Vitamin B5 (Niacin) - unsur yang mencegah penyakit Pellagra yang menyebabkan alat cerna dan urat saraf

Vitamin B6 (Pyridoxine) - unsur penting untuk metabolisme protein,
                                    - mengimbangkan nutrien dalam tubuh

Vitamin B9 (Asid Folik)- unsur penting untuk menghalang ketumbuhan dalam darah

Vitamin B12 (Cobalamin)- unsur yang turut menghalang ketumbuhan dalam darah(sel darah merah)

Vitamin B Kompleks- Meransang pertumbuhan

Vitamin C - Membina sel darah dan sistem imun tubuh
                - Melambatkan penuaan
                -Anti oksidan sel

Vitamin D - membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus bagi pembentukan tulang dan gigi sihat

Vitamin E -mengaktifkan fungsi vitamin A
                - menguatkan badan dan jantung
                -menyuburkan anak-anak dan rahim wanita
                -menguatkan alat kelamin dan melanjutkan keturunan
                -membantu menjadikan kulit sentiasa sihat
                -dan membuatkan awet muda

Vitamin K - Menghentikan pendarahan
                  -Menghapuskan toksin
                  -Mendorong buang air kencing
                  -sangat berguna dalam merawat bengkak, batuk dan hipertensi

Vitamin G - menambah pertahanan tubuh bagi melawan penyakit dan membentuk darah

Vitamin H(Biotin) - sangat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak
                            - memelihara tubuh dari serangan penyakit
                            - dan membantu memproses makanan

Asid Folik - Membina darah dan meransang pertumbuhan
                - penting untuk menghalang ketumbuhan dalam darah
                - mematangkan butir-butir darah merah dan membantu alat cerna

Asid Nikotinik - Membina darah dan Mencantikkan kulit
                      - Melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan

Asid Cerebral -bahan berkesan dalam rawatan sakit urat saraf dan epilepsi dan nerveous breakdown

Asid Glutamice - zat asid yang memberi tenaga kepada otak

Gamma Globin - membantu badan bagi menentang jangkitan penyakit

10-HDA - suatu unsur pencegah kanser
             - membantu membunuh kuman dalam darah

Namlik - zat asid yang penting untuk membenteras kebusukan dan kerusakan dalaman tubuh

Pantotenik (Pantothenic) -berperanan menguat dan mengaktifkan sistem saraf
                                        - mengurangkan perasaan stress

Riboflavin -unsur yang turut menghalang ketumbuhan dalam darah( sel darah dan eritrosit)



Zat Galian Penting Yang Terdapat Dalam Madu Lebah

Kalsium - membina tulang dan gigi sihat

Besi - membina hematochrome

Kuprum - penting untuk bergabung dengan enzim untuk menghasilkan tindak balas enzim

Mangan - menggalakkan reproduksi dan pertumbuhan yang normal

Fosfurus - membina tulang , gigi yang sihat
              - mendorong pembiakan sel

Sulfur - meransang pertumbuhan rambut
          - merupakan bahan wajib bagi pembentukan asid amino

Kalium - mengawal atur fungsi jantung dan otot

Natrium - mengawal atur fungsi jantung dan otot

Silikon - mengenyalkan kulit

Magnesium - menahan pengujaan neutral
                  - meransang metabolisme hidrogen karbida

Klorin - elemen wajib bagi perembesan jus gastrik(sistem penghadaman)

Kromium -bahan penting penggerak metabolisme untuk kecergasan tubuh

Iodin - penting dalam penyediaan hormon bagi kelenjar ad-daraqiyyah (perisai kulit)

Kobalt - bergabung dengan enzim-enzim bagi tujuan tindak balas enzim



 
"Selaku juru bekam al-Yakin (Kuching), saya amat
berpegang bahawasanya sangat penting pengambilan
terus air madu dan susu kambing sebagai
memaksimakan keberkesanan rawatan setiap
kali selepas berbekam. Insya Allah"
-Ahmad Abdullah




Rujukan : 0198565510
Sila dapatkan temujanji untuk mendapatkan rawatan dan nasihat pemakanan kesihatan. TQ

Thursday, January 6, 2011

Gout : Rawatan Semulajadi Sebagai Pemulihan

GOUT

        Gout merupakan salah  satu penyakit sendi yang tertua,dikenal sebagai  ‘Raja segala penyakit dan  penyakit di kalangan raja’. Penyakit  yang dikenali semenjak empayar Rom  ini dihidap  oleh pemimpin-pemimpin Rom pada ketika itu  kerana pengambilan alkohol dan makanan mewah.
      Gout akan menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang  keupayaan  untuk bergerak. Dari segi dapatan, gout lebih banyak dideritai oleh lelaki lingkungan umur 40-an dan ke atas berbanding wanita. Biasanya wanita mendapat gout selepas menopause.

    Bagaimanapun, jika penghidap terdiri daripada mereka yang muda- lelaki berumur di bawah 30 tahun @ wanita yang belum menopause, doktor mengesyaki mereka  menghadapi masalah enzim. Masalah ini menyebabkan  Purina  dihasilkan berlebihan dan kegagalan dalam pemprosesan di bahagian ginjal.

Bagaimana punca penyakit gout?

    Asid Urik merupakan sejenis  bahan kimia yang terhasil daripada pecahan Purina atau bahan-bahan buangan di dalam tubuh. Ia biasanya diserap ke dalam darah dan masuk ke ginjal untuk dikumuh melalui air kencing.
    Bagaimanapun jika penghasilan asid urik yang berlebihan dalam tubuh meningkat  atau ginjal gagal mengumuhkan bahan buangan ini, parasnya akan meningkat. Peningkatan asid urik dalam darah dkenal–hiperuricemia.
     Paras asid urik yang berlebihan dalam badan akan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh; dan sendi yang biasa terbabit ialah sendi  di bahagian ibu jari kaki, lutut dan buku lali.
     Gout juga membabitkan bahagian tubuh tertentu seperti tapak kaki, jari, siku, dan cuping telinga di mana asid urik boleh terkumpul. Pembentukan jarum kristal pada cuping telinga ini dipanggil –tophi.

Apakah simptom-simptom Gout?

  1. Sakit sendi terutama sendi ibu jari kaki.
  2. Bengkak, merah, panas sendi terbabit.
  3. Sendi rasa sangat sakit dan kaku.

Apakah punca-punca Gout?

  1. Genetik: Faktor sangat penting 
  2. Obes: Pengambilan makanan yang secara berlebihan meningkatkan penghasilan asid urik dalam tubuh dan risiko hiperuricemia.
  3. Alkohol melampau: ianya mengganggu proses pembuangan asid urik dalam tubuh.
  4. Pemakanan kaya Purina:  Menyebabkan gout lebih teruk.
  5. Kecacatan Enzim: gagal untuk memecahkan Purina di dalam tubuh.
  6. Terdedah kepada pencemaran plumbum.

7. Pengambilan dadah tertentu seperti:
  a. diuretic untuk hipertensi, edema dan penyakit jantung.
  b. Asid salicylic seperti aspirin dengan dos rendah.
c.    Vitamin niacin @ asid nikotinik
d.   Pyrozinamide –ubat penyakit tibi.
Ubat ini akan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengumuhkan asid urik.

        Pada hakikatnya, kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan ancaman mengerikan dgn pencemaran air, udara, makanan, tanah tercemar dengan bahan industri bertoksik seperti raksa, cadmium, plumbum dan kuprum. Toksin yang jika tertelan oleh kita akan terkumpul di celah sel darah. Jika terlalu banyak, gejala-gejala yang pelik dan serius akan timbul.

          Tahukah anda?     Segala jenis kesakitan pada tubuh , bengkak , sakit sendi , gout, rheumatisme , kelemahan ginjal , diabetes juga disebabkan oleh himpunan toksin.

Dapatan fail untuk rawatan Sesi III pesakit gout.


Bagaimana pencegahan boleh dilakukan?



  1.   Mengurangkan berat badan(obes)
  2.    Kurangkan makanan kaya Purina- hati, sea food, ikan bilis, udang, kambing etc
  3.   Berhenti merokok

Bagaimana rawatan moden dilakukan?

1. Colchicine –sejenis ubatan untuk menangani gout secara tiba-tiba. Namun ia boleh menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit-birit.
2.   Sesetengah individu yang mendapat gout 3-4 kali setahun perlu mengambil ubat gout setiap hari- eg allopurinol.
 3. Dos ubatan NSAIDs @ ubat suntikan kortikosteroid pada sendi terbabit biasa diberikan kepada pesakit gout yang secara tiba-tiba.

#  Namun  pesakit biasanya akan pulih  dalam jangka masa beberapa jam atau bebas daripada sebarang serangan dalam jangka masa beberapa hari selepas rawatan.
#  Sasaran untuk  rawatan gout ini adalah  untuk mengurangkan kesakitan akibat gout secara tiba-tiba dan mencegah pembentukan tophi @batu karang pada buah pinggang.

Apakah komplikasi penyakit gout?
1.   Pembentukan batu karang pada buah pinggang.
2.   Gout serius- chronin tophaceous- garam asid urik yang membentuk kristal ini boleh membentuk batu kapur pada sendi.
3.  Kerosakan buah pinggang.

 
 
Rujukan : 0198565510
Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan segera.
Post kami : Kuching, Sarawak.