Sunday, February 27, 2011

Hipertensi(Tekanan Darah Tinggi) : Terkecualikah anda?

     Apabila darah kita dipamkan melalui arteri, maka tekanan akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
    Tekanan darah dicatatkan dalam 2 bacaan angka. Bacaan angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Bacaan angka di bawah (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
    Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan jenis aktiviti yang kita lakukan. Pemeriksaan perlu dibuat beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu hipertensi?
    Hipertensi merujuk kepada fenomena tekanan darah  ke atas  dinding saluran darah.  Keadaan ini memberikan bacaan tekanan darah melebihi 140/90 secara berterusan meningkat dan telah dilakukan ujian berkali-kali.

    Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.
    Masalah utama hipertensi ialah tidak ada sebarang  simptom  sehingga timbul sebarang komplikasi yang nyata. Walaupun keadaan kerap letih / selalu terasa pening / sakit kepala dikaitkan dengan gejala awal.

    Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Penyebab
1. Umur – arteri besar yang semakin kurang  kekenyalan dan ini merintang aliran darah yang meningkatkan tekanan darah
2. Keturunan
3. Jantina- lelaki lebih kerap
4. Merokok
5. Keterlaluan minum arak
6. Keterlaluan makanan garam
7. Obes- kegendutan
8. Kurang bersenam
9. Faktor tekanan kejiwaan,
    pekerjaan dan Persekitaran

       Penyebab-penyebab  1-9 merupakan hipertensi essential -disebabkan oleh pembuluh darah- memaksa jantung berdegup lebih kuat.

Hipertensi Sekunder - merupakan akibat penyakit seperti :
9.   Penyakit buah pinggang
10. Gangguan hormon
11. Diabetes (Kencing manis)
12. Masalah Penyakit Jantung
13. Fenomena Kehamilan
14. Pil Pencegah Hamil

Komplikasi Hipertensi
       Kekurangan aliran darah  ke otak yang disebabkan oleh hipertensi akan menyebabkan sebahagian  sel-sel otak mati secara tiba-tiba.Ini akibatkan sebahagian anggota lumpuh atau lemah  dan sebahagian otak boleh terjejas.
    Hipertensi akan memaksa jantung bekerja lebih kuat dan menyebabkan pembengkakan pada jantung kiri. Sekiranya keadaan seperti ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengakibatkan lemah jantung.
      
Langkah-langkah Pencegahan
a. Berhenti merokok
b. Kurangkan pengambilan garam
c. Berhenti Ketagihan arak
d. Kawal Stress
e. Bersenam
f.  Kurangkan berat badan- obes
g. Berhenti mengambil Pil Pencegah Hamil
h. Kawalan ubatan seperti beta-blockers, diuretic, Losartan.
         Memantau hipertensi sangat perlu dengan membuat  pemeriksaan tekanan darah setiap enam bulan sekali.

Risiko Hipertensi
    Secara umumnya, risiko hipertensi yang tidak diberi perhatian serius akan menyebabkan :
a. Pembesaran jantung, mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.
b. Pembentukan bonjolan kecil pada saluran darah
c. Kegagalan fungsi buah pinggang(ginjal)
d. Proses pengerasan salur darah yang lebih cepat mendapat serangan sakit jantung, strok dan amputasi.
e.Gangguan fungsi mata – salur darah mudah pecah.
Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
<130 mmHg
< 85mmHg
Normal tinggi
130-139
85-89
Tekanan darah tinggi peringkat 1
140-159
90-99
Tekanan darah tinggi peringkat 2
160-179
100-109
Tekanan darah tinggi peringkat 3
180-209
110-119
Tekanan darah tinggi peringkat 4
≥ 210
≥ 120
 


Tahukah anda?
Penghidap hipertensi mudah pening kepala dan marah-marah. Bial ia berlari kuat, ia mudah sakit kepala(yang bahaya); bila ia bekerja kuat akan mudah letih dan lesu sehingga membawa maut; jika berfikir secara serius, ia mudah pening kepala.

Tahukah anda?
Penghidap hipertensi sentiasa berdengung telinganya dan jantung berdebar-debar. Pesakit biasa kabur penglihatan, selalu sakit pinggang dan sakit di bahagian kepala.

Kami mencadangkan pesakit harus menjalani
fasa-fasa rawatan yang teratur segera untuk
mendapat pemulihan yang maksima bagi kes ini.

Sila buat temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan segera.

Rujuk: 0198565510

##Post ini akan dilanjutkan lagi dalam kadar segera. Terima kasih.

Madu Lebah: Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah sebagai asasnya 2

1. Beguk
Penyakit bengkak di leher atau kalenjar yang berhubungan dengan beguk(parotitis)
a. Madu lebah 9 sudu besar + Jintan hitam(habbatus sauda') suku cawan(500g).
    Jintan direbus dalam air 1 gelas. Rebusan ini kemudian dicampur dengan madu lebah. Kemudian diminum 1 sudu besar, setiap awal pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.

2. Bisul
Bisul disebabkan oleh kuman bakteria yang mati akibat melawan sel darah putih dalam tubuh(yang menyebabkan bernanah).
a. Madu lebah 1 sudu besar dicampur bersama kapur makan dan dilumur ke atas bisul 3 kali sehari.

b. Kulit pisang 2 biji yang kering ditumbuk lumat, kemudian dicampur dengan madu lebah 1 sudu besar dan susu cair suam 3 sudu besar. Kesemua campuran dilumur pada bisul, 3 kali sehari.

3. Cacing
Madu berupaya membersihkan segala kekotoran dan gangguan kuman dalam organ tubuh seperti perut, usus dan darah.
a. Madu 2 sudu besar + Bawang putih 10 ulas(dikisar halus). Bahan diadun bersama dalm ditelan sehingga habis. Insya Allah,cacing akan mati dan keluar.

b. Madu 3 sudu besar + Biji sawi sejemput(dikisar halus) + Daun serai wangi secekak(dikisar lumat) + air suam 1 cawan.
Semua bahan diadun bersama dan ditapis. Minum sekaligus. Insya Allah.

4. Demam campak(Cacar air)
Biasa berlaku pada kanak-kanak yang didahului dengan demam panas, lemah sistem imun, timbul bintil-bintil berair.
a. Madu 3 sudu besar. Diminum setiap 3 jam, juga dilumur pada bintil-bintil yang timbul.

5. Pendarahan Otak
Pendarahan otak mungkin disebabkan oleh kemalangan, strok, sakit kepala serius, faktor usia yang lanjut(lebih 40 tahun), yang mana sel-sel darahnya rapuh(mudah rosak) etc.
Simptom yang hadir adalah seperti menghadapi masalah kemerosotan oksigen dalam tubuh secara banyak( mudah lemah,lenguh dan kebas tubuh badan); dan kerap dalam kebimbangan atau menghadapi bahaya maut.
Kami mencadangkan agar rawatan bekam
 secara berfasa dijalankan untuk masalah berkenaan. 

Bahan rawatan:
a. Madu 3 sudu besar + Jintan Hitam(Habbatus Sawda') dikisar dan diadun bersama. Amalkan  sebelum sarapan pai, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.

 

"Selaku juru bekam al-Yakin (Kuching), saya amat
berpegang bahawasanya sangat penting pengambilan
terus air madu dan susu kambing sebagai
memaksimakan keberkesanan rawatan setiap
kali selepas berbekam. Insya Allah"
-Ahmad Abdullah
 
Sila dapatkan temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan.
 
Rujukan: 0198565510
 
Lokasi Kami: Kuching, Sarawak.

PERKARA BIASA YANG BERLAKU DI MASYARAKAT HARI INI YANG MENGELIRUKAN BERHUBUNG KHIDMAT BEKAM


1.     Membekam  pesakit  di tempat-tempat awam  secara terbuka.
Seperti  di tepi jalan, pasar-pasar malam, kompleks membeli belah
secara terbuka.  Daripada  segi etika  dan adab  rawatan , ini boleh
menjatuhkan  maruah pesakit dengan  mempamerkan tubuh (buka
baju) secara tidak sengaja atau langsung.  Dari segi kebersihan pula
sudah  pasti tidak terjamin  kerana berbekam  perlukan bekalan air
yang secukupnya  untuk membersihkan alatan bekam. Pesakit juga
akan terdedah kepada  pencemaran persekitaran dan risiko infeksi
luaran ketika atau selepas berbekam.


2.  Point bekam yang terlalu banyak dilakukan serentak (pada satu
masa) sehingga 20-30 tempat/point (cup/mangkuk). Amalan seperti
ini dikhuatiri akan merosakkan saraf, dan menyebabkan point-point
bekam lain menjadi lemah (kerana berlaku pertindihan).

3.   Membekam pesakit dengan  tidak mengeluarkan bendalir darah atau
keracunan di dalam tubuh ( TANPA ditores untuk mengeluarkan darah).
Amalan ini membahayakan pesakit kerana racun atau toksin dalam badan
belum dikeluarkan.  Takungan toksin pada point bekam ini mungkin akan
menjejaskan lagi fungsi organ tubuh.


4.   Tabib atau Juru bekam yang melakukan bekam tanpa ilmu mencukupi,
dengan hanya meniru-niru tabib bekam yang berilmu dan berpengalaman.
Ini hanya akan membahayakan keadaan pesakit jika ada kesilapan.


Rujukan : 0198565510

Sila buat temujanji untuk nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan bekam terlebih dahulu. Lokasi kami di Kuching, Sarawak.

Tuesday, February 15, 2011

Keputihan: Ancaman Dalam Diam

Kebanyakan wanita tidak mengetahui lebih mendalam masalah keputihan.
Ada pula yang menganggap bahawa perkara ini remeh tetapi haruslah ingat ,
keputihan yang berlebihan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada vagina wanita seperti gangguan kesuburan dan boleh juga merangsang ketumbuhan pangkal rahim.



Simptom

      Keputihan bukan sejenis penyakit tetapi satu gejala yang boleh mengganggu akan keselesaan, penampilan dan kesihatan wanita. Ianya merupakan satu cairan yang keluar dari kemaluan wanita. Biasanya keputihan berwarna putih, kuning atau hijau. Keputihan yang berlebihan boleh akibatkan rasa gatal dan panas sekitar kemaluan atau vagina.
      Keputihan biasanya keluar dalam keadaan cecair jernih atau sedikit putih, lembut(licin) dan tidak berbau. Cecair ini akan berubah warna menjadi sedikit kuning apabila terdedah kepada udara dan  kering. Sebenarnya, keadaan ini menyebabkan vagina sihat dan berupaya mengekalkan keasidan vagina.

Punca

        Penyebab utama keputihan adalah jangkitan kuman bacteria, parasit atau kulat dan virus. Selain itu, vagina yang terdedah dengan jangkitan kulat Candida (Thrush), bacteria Gardnerella, dan jangkitan yang disebabkan oleh hubungan seks .


Tahukah anda?      Keputihan juga boleh berpunca  daripada pengambilan pemakanan yg salah. Sikap remaja yg suka makan makanan segera dan masam boleh  menyebabkan  system badan  mengeluarkan bahan asing yg terdapat pada kemaluan wanita.                          
                                                                                                          –Visi Suri, Jan,2003

Tahukah anda?  Keputihan yg berpenyakit ini juga akan merebak dan memberi kesan pada bahagian peranakan. Ia boleh menyebabkan berlakuknya radang pada bahagian saluran fallopian dan menyebabkannya tersumbat. Ini akan memberi kesan kesukaran mengandung.                                                                                    –Visi Suri, Jan,2003

Tahukah anda?  Keputihan boleh menyebabkan rasa sakit di dalam rahim, saluran fallopian dan ovari. Keadaan ini memberi implikasi kepada pelvic dan menyebabkan seseorang itu mengalami senggugut sekunder dan sakit perut.                                      –Visi Suri , Jan2003


Jenis-jenis Keputihan

Normal
     Keputihan normal adalah cecair yang keluar dari vagina wanita selain dari darah haid. Keputihan jenis ini biasanya keluar dan akan hilang dalam masa yang singkat, sama ada sebelum atau selepas haid. Cecair jenis ini tidak berbau atau sebabkan rasa gatal di sekitar vagina wanita.
   Cecair ini juga akan keluar jika wanita mengalami tekanan atau rangsangan seks. Oleh itu, wanita tidak perlu bimbang sekiranya keputihan keluar pada masa-masa yang tertentu kerana ia tidak mendatangkan atau mengganggu aktiviti harian.

Vaginosis
       Ia berwarna kelabu dan berbau, menyebabkan rasa tidak selesa.  Jika ia tidak dirawat awal akan menyebabkan kesan negatif pada vagina wanita.

Clamidia
         Cecair keputihan berwarna hijau atau kuning seperti nanah dan darah.  Ianya disebabkan oleh bakteria clamidia tachomatis

Gonorhea
      Disebabkan oleh bacteria diplococcus gonorrhea.  Cecair warna kehijauan atau gelap dan rasa sakit semasa kencing.

Candidiasis

   Keputihan yang keluar berwarna putih susu dan pekat, ianya kelihatan seperti gumpalan atau tompok-tompok kecil. Ia menyebabkan rasa gatal yang berterusan dan menimbulkan kemerahan di sekitar kemaluan wanita.

Trichomoniasi

  Disebabkan oleh parasit tricomonas vaginalis. Cecair berwarna  kuning atau kuning kehijauan yang  dikeluarkan boleh menyebabkan vagina terasa gatal dan pedih.

Tambahan:
       Tahukah anda? Keputihan juga dikaitkan dengan keadaan wanita yang mengalami pengeluaran lendir putih daripada kemaluannya, yang berpunca dari keradangan pada rahim, atau jangkitan kuman, atau disebabkan kekurangan nutrien perlu dan sebagainya.

      Sebagai juru bekam al-Yakin saya juga amat menyarankan agar para wanita yang bermasalah untuk menjalani rawatan bekam secara teratur untuk membantu menyuburkan dan menguatkan sistem peranakannya.
Rujukan : 019-8289897 (Lokasi- Kuching)

Ramuan rawatan berasaskan madu lebah:

1. Madu lebah 1 sudu besar + Biji sawi 1 sudu kecil diadunkan bersama dan gaul bersama setengah cawan air suam. Diamalkan 3 kali sehari.

2. Madu lebah 2 sudu besar + 1 kapsul propolis. Diamalkan 2 kali sehari.

Petikan ini telah diedit semula oleh  MDAM Ahmad Abdullah dari Majalah Keluarga Sept 2002 & Suri Januari 2003 bagi tujuan Group Meeting-Basic Training.
 

Monday, February 7, 2011

Rawatan Berasaskan Madu Lebah: Masalah Kesuburan

       
              Sekiranya  seorang wanita itu  belum mempunyai  anak setelah
beberapa lama berkahwin, dia mungkin tidak subur, tidak semestinya dia
mandul. “Mandul”- merujuk kepada keadaan tidak mampu hamil sama sekali. Walaupun begitu, lelaki juga ada yang mandul; ini bererti dia tidak mempunyai benih yang subur atau tidak mempunyai benih sama sekali.

Sebab-sebab Ketidaksuburan
Punca-punca-menurut perubatan moden :
          Mujarrabat Madinatul Asrar  ada dicatat mengenai kisah Nabi
Sulaiman AS telah bertanyakan kepada jin mengenai hal mengapakah
seseorang wanita itu tidak hamil. Kemudian dijawab oleh jin: Ya nabi
Allah SWT, sesungguhnya tiap-tiap perempuan yang Allah SWT jadikan
di dunia adalah untuk hamil, kecuali yang memang Allah SWT takdirkan
ia mandul.Tetapi ada sebab mengapa perempuan itu tidak akan hamil:

1. Albadurah- ertinya dingin peranakan(rahimnya)-menyebabkan ia tidak hamil.

2. Peranakan Terbalik- seumpama orang menuang air ke gelas yang terbalik.

3. Tiupan jin- Kemasukan angin jin ke dalam perutnya-dari tiupan Jin
ke dalam rahimnya ketika wanita itu tidur terlanjang.

4. Air Kuning- terdapat di dalam rahimnya(gejala keputihan melampau atau serius)

Permasalahan Dari Amalan Pemakanan
          Isteri dan suami yang juga mempunyai masalah perkelaminan dan kesuburan, dihubungkaitkan dengan diet yang kekurangan vitamin B1, Vitamin E dan H. Pengamalan makanan yang berasaskan Bees Product seperti madu lebah dan Royal Jelly sangat penting untuk mengatasi masalah seperti yang disebut tadi. 

Cadangan Ramuan Pemakanan:
a.  Madu 2 sudu + Susu cair 1gelas + Kacang Tanah( setengah cawan dihancur lumat) + mentega 3 sudu besar. Kesemua bahan diadun dan diamalkan 3 kali sehari sebelum makan sarapan/makan tengah hari/dan makan malam.

b.  Madu 2 sudu besar + Susu Kuda 1 gelas. Diadun dan diamalkan 3 kali sehari seperti para a.

c.  Madu 2 sudu besar + susu lembu(daripada ibu lembu bertanduk satu). Diadun dan diamalkan 3 kali sehari seperti para a, untuk satu bulan penuh.

d. Madu 2 sudu besar + bawang jantan(5 ulas dihancur lumat, diperah dan ditapis) + Telur ayam kampung 1 biji + Air suam(disimpan satu malam). Kesemua bahan diadun dan diamalkan  3 kali sehari seperti para a.

Peringatan:
1. Jika isteri gemuk(banyak lemak), dinasihatkan agar selalu makan makanan berempah, berlada etc.

2. Dinasihatkan agar isteri selalu berada disamping kanak-kanak kecil agar rahimnya dipengaruhi oleh bau anak-anak(itu sebabnya ada orang tua menyarankan mengambil anak angkat untuk memudahkan mendapat anak). Cara begini terbukti telah banyak berkesan.

3. Hendaklah selalu membaca doa Nabi Zakaria AS dalam Surah Al-Anbiya' :89.

4. Selaku Juru Bekam Al-Yakin , saya menyarankan wanita bermasalah kesuburan menjalani fasa-fasa bekam bagi tujuan penyuburan dengan berkonsepkan " Memurni-Menyegar-Mengaktif" sistem pembiakan (kesuburan) .

Rujuk: 0198565510//0198289897 sila buat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan rawatan dan nasihat pemakanan kesihatan.
 
          Menurut amalan tradisional, pasangan yang bermasalah mendapat anak TIDAK menghiraukan aspek pemakanan, ada pula yang memakan akar-akar  tertentu akan memburukkan lagi  keadaan itu. Sebaiknya, kita
mengenalpasti dahulu punca dan makanan yang sesuai untuk merawat masalah tersebut. Menurut catatan dalam buku Harmony Rules- mencatatkan amalan pemakanan Cina
menyebut faktor ketidakhamilan berpunca dari suhu rahim isteri terlalu panas atau terlalu sejuk. Kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti rahim yang ekstrim suhunya:

1. Tanda Rahim Terlalu Panas


Kelakuan
Mudah teransang,gelisah,mudah marah,aktif,mata galak dan waspada, selalu menggeliat
Badan
Besar,mudah merah muka,mata biasa kemerahan
Suhu badan
Kulitnya,kaki,tangannya terasa hangat dan mudah demam
Kepeka-annya
Biasa merasa sakit-sakit seperti ditikam,darah tersirap,tidak suka diurut,badan terasa seperti dibakar
Otot
Berotot,pejal serta aktif
Nafas
Nafas Kuat,dadanya penuh berisi
Buang air besar
Sembelit,najis keras,terasa panas pada dubur
Buang air kecil
Kurang kerap,sukar buang air kecil, warnanya kuning
Peluh
Panas, atau tiada peluh langsung
Haid
Banyak,warna gelap, biasa berketul datang selalu awal atau kurang dari 28 hari, terasa sakit sebelum haid
Lidah
Merah,kering,nampak berisi,ada salutan yang tebal dan amat sensitif
Nadi
Kuat dan pantas



2. Tanda Rahim Terlalu Sejuk

Kelakuan
Pendiam,mudah rasa hati dan penat,bila tidur dia merangkul diri, biasa menutup matanya,suka tempat berteduh,mengalami stress, biasa sedih atau bimbang,terlalu terkawal
Badan
Rincing, nampak lemah,
pergerakkan tidak bertenaga
Muka
Pucat, pudar tapi kadang-kadang berbintik merah pada pipi
Suhu badan
Rendah,biasanya tangan dan kaki sejuk,badannya cenderung untuk jadi sejuk di waktu tengahari
Kepeka-annya
Suka diurut,biasa merasa kebas pada badannya,merasa gatal
Otot
Lemah lembut,sedikit daging.
Nafas
Lemah, merasa sukar bernafas
Corak makan
Kurang selera, masalah kurang hadam, suka makan makanan & minuman panas
Buang air besar
Najis lembut, cenderung kena cirit-birit, makanan tak hadam keluar bersama najis
Buang air kecil
Kerap,mungkin sukar kawal buang air kecil,kencing jernih
Peluh
Sejuk,sedikit
Haid
Darahnya warna cerah,selalu lewat, sedikit alirannya,rasa sakit bila haid sudah kering
Lidah
Pucat,ditutupi oleh selaput putih yang nipis,lidah kurang sensitif
Nadi
Lemah,perlahan



 
Berikut adalah kaedah untuk merawat masalah melalui pemakanan sehari-hari:

1. Rahim Terlalu Panas.
-wanita berahim panas mesti mengelakkan Makanan bersifat meransang  seperti makanan berempah, berpanggang, daging, bergoreng. Elakkan memakan makanan berikut: barli, lembu, kopi,ikan carp, kobis,ceri,oat, ayam, cili, kelapa, belut darat, anggur,
 bawang putih atau merah, kambing, zaitun, lada hitam, nenas, merpati, buah plum, udang kecil, sotong, gula dan cuka.           
     Mereka patut mengamalkan Makanan bersifat sejuk : eg pisang, buah pear, tembikai, kacang soya, peria, ketam, timun, itik, oren, cendawan butang, tiram, kacang peas, labu , arnab, siput sungai, tebu, biji bunga matahari dan tomato.

2. Rahim Terlalu Sejuk.
 -Cuba amalkan sebaliknya seperti di atas.
Menurut praktikal petua-petua Melayu bagi kesuburan, antara pemakanan yang disarankan ialah :
a. memakan taugeh mentah setiap hari selama 6 bulan
b. Mengamalkan memakan ulam pegaga
c. Ambil kunyit bara sebesar ibu jari, daun asam jawa dua genggam dan sedikit  garam, semua bahan ditumbuk dengan sedikit air, kemudian diperah. Minum air itu sebelum sarapan pagi dan makan malam.
Amalkan selama dua minggu.
d. Jika sukar hamil disebabkan senggugut ambil secekak akar kayu senggugut, rebus hingga dua atau tiga jam, tapis dan ambil arinya, minumlah segelas sekali, sebanyak 3 kali sehari.
Amalkan enam bulan.

       Berikut adalah petua-petua umum bagi mendapatkan anak:
1. Elakkan tidur berbogel

2. Elakkan daripada memakan makanan masam seperti susu, cuka dan epal masam selama seminggu semasa merancang kehamilan.

3. Elakkan  daripada terlalu  banyak  bergerak sesudah jima’ yang akan mengakibatkan mani suami terkeluar semula (sekurangnya 15min)

 4. Jauhi daripada makan jamu atau akar kayu

5. Banyakkan makan sayur-sayuran untuk kesuburan eg ulam pegaga, taugeh etc

6. Isteri kurangkan sedikit garam, lebihkan sayur-sayuran, kurangkan daging atau ikan ; manakala suami banyakkan sedikit garam, lebihkan makan bijian, akar-akar, daging dan ikan.

Berikut merupakan cadangan pemakanan berasaskan bees product bagi tujuan pemulihan dan rawatan tubuh:

1. Pulih Tenaga : a. Madu 1 sudu besar + Kurma 2 biji. Diadun dan diamalkan setiap 4 jam
                       b. Bee Pollen diamalkan sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malamn.
                      c. Royal Jelly diamalkan sebelum sarapan pagi dan sebelum amakan malam.


2. Faraj banyak air: Ini petanda yang tidak elok(tidak sihat)
                       a.  Madu 6 sudu besar untuk 3 kali sehari.
                       b.  Royal Jelly + Propolis untuk 3 kali sehari
                       

3. Faraj Sejuk: Boleh diamalkan seperti dalam Para 2 a-c.

4. Keputihan : a. Madu 1 sudu besar + Biji sawi 1 sudu kecil + air panas setengah gelas . Diadun dan diamalkan  3 kali sehari.