Monday, February 11, 2013

Rawatan Secara Bekam : Adakah ia rawatan tradisional semata-mata? -Siri 1


PENGENALAN BERBEKAM

 

1.   PENDAHULUAN : NIAT

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar al-Khatab dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya semua amalan itu bergantung pada niatnya..” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)
Dalam sebuah hadith Qudsi yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabdanya, “ Allah berfirman, “Aku adalah Zat yang tidak memerlukan sekutu. Oleh sebab itu, barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang dia mempersetukan amalan tersebut untuk-Ku bersama selain-Ku, maka Aku berlepas diri darinya.”

Kita mengambil keputusan menjalankan BEKAM adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt, sebagai melanjutkan usaha sunnah Nabi SAW. Berbekam merupakan khidmat bakti kita kepada masyarakat yang memerlukan rawatan secara Islam.
“Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya”
                                            Surah Al-ankabut : 69
 
2.   APA ITU BERBEKAM? 




   Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan istilah Melayu bererti pelepasan darah. Dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Hijamah yang bermaksud satu prosedur pembersihan darah dengan mengeluarkan sisa toksik daripada badan melalui kulit secara sedutan.
  Bekam adalah kaedah rawatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para Nabi terdahulu yang menjadi ikutan umat-umatnya hingga hari ini yang mana pengamal bekam telah dapat disembuhkan dengan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia di muka bumi ini dengan izin Allah SWT.
   Berikut adalah beberapa catatan hadis yang menyentuh rawatan bekam:

i.    Telah bersabda Rasulullah SAW " Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".                              Riwayat Ibnu Majah
 
ii.     Sabda Rasulullah SAW  "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"                           Hadis Riwayat  Malik
 
iii.     Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, toresan pisau bekam dan sundutan dengan api(kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku(berubat) dengan kay".                                    Hadis Shahih Al Bukhari
 
iv.      "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"
                                                                                   Hadis Riwayat At Thabrani

v.       "Sesungguhnya metod perubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah(bekam) dan fashdu(venesection)".                          Hadis Riwayat Bukhari-Muslim
 
Penulis berkeyakinan bahawasanya berbekam mempunyai kekuatannya sendiri untuk membantu rawatan secara naturapathy. Tubuh akan mampu pulih dengan sendirinya sekiranya unsur jahat/racun dalam tubuh dapat disingkirkan dari badan kita. Gabungan pemakanan kesihatan yang tepat dan teratur akan mengaktifkan lagi keberkesanan sesuatu rawatan. Insya Allah.
Ramai pengunjung blog ini menghadapi kesukaran untuk berkunjung ke rumah penulis untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di sini saya lakarkan sedikit gambaran peta ringkas bagi rujukan. Sila rujuk 0198565510 terlebih dahulu sebelum berkunjung. TQ