Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan istilah Melayu bererti pelepasan darah. Dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Hijamah yang bermaksud satu prosedur pembersihan darah dengan mengeluarkan sisa toksik daripada badan melalui kulit secara sedutan.
Bekam adalah kaedah rawatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para Nabi terdahulu yang menjadi ikutan umat-umatnya hingga hari ini yang mana pengamal bekam telah dapat disembuhkan dengan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia di muka bumi ini dengan izin Allah SWT.
Berikut adalah beberapa catatan hadis yang menyentuh rawatan bekam:
Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” HR Ibnu Majah
Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, toresan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay”
HR Sahih Al Bukhari
Hj Ibrahim Moksen
Guru Utama Tabib Bekam Al-Yakin
Rujukan : 0198565510
No comments:
Post a Comment