Secara umumnya, 3 daripada 4 orang di seluruh dunia menderitai headache (sakit kepala). Kegagalan mendiskripsikan keadaan sakit kepala boleh menyebabkan kita terperangkap dengan masalah besar, iaitu kegagalan mengesan penyakit sebenar. Jika ini berlarutan, seseorang itu mungkin akan berdepan dengan penyakit berbahaya seperti -kanser otak yang berselindung di sebalik sakit kepala.
Sakit kepala - boleh diterjemahkan sebagai rasa sakit seperti berdenyut-denyut pada bahagian kepala. Secara umumnya terdapat 2 jenis headache iaitu :
a. Tension headache b. Migrain
TENSION HEADACHE
Ia disifatkan sebagai sakit kepala biasa, yang melibatkan kesakitan atau berat pada bahagian atas kepala (ubun-ubun) atau bahagian leher (tengkok). Tension headache TIDAK dikaitkan dengan muntah atau gegaran pergerakan, MALAH ianya boleh berlaku dan dialami setiap hari, oleh setiap orang tanpa mengira umur.
Simptom-simptom:
a. Mencucuk-cucuk. Kesakitan kadang-kadang pada bahagian
atas kepala atau pada bahagian leher.
atas kepala atau pada bahagian leher.
b. Lembut dan sakit pada bahagian leher.
Tahukah anda? Sekiranya anda kerap mengalami sakit kepala, ini menunjukkan sebahagian besar (lebih 70%) daripada saluran pembuluh darah anda mengalami gangguan(sekatan) yang lebih menjurus kepada simptom tersembunyi –hipertensi!
Sedarkah anda? Sekiranya anda kerap mengalami sakit kepala, berat di bahagian belakang kepala, lenguh@keras pada bahagian tengkok dan bahu menandakan anda sebenarnya penghidap hipertensi yang lebih menjurus kepada keadaan -high blood cholesterol; seterusnya kecenderungan untuk menghidap penyakit jantung !
Penyebab-penyebab:
Faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyebab headache:
- Stress- perasaan lampau marah, perubahan cuaca, kesedihan, terkejut, atau terlalu penat.
- Keadaan posture badan yang buruk dan kurang pergerakan dalam jangka masa yang panjang eg tidur terlalu lama
- Kemurungan (tertekan)
- Kurang tidur
- Masalah gangguan penglihatan eg penggunaan kaca mata yang tidak sesuai.
Sakit kepala dan rasa pening adalah dua keadaan berbeza yang sering disalah ertikan oleh kebanyakan umum.
Pening kepala-diertikan sebagai rasa melayang, tidak stabil, terhuyung-hayang sehingga membawa perasaan seakan-akan persekitaran berpusing-pusing dan pandangan berpinar-pinar atau bayangan seperti berlakunya sesuatu pergerakan pada dirinya atau benda lain di persekitarannya. Dalam istilah perubatan, keadaan pening ini disebut sebagai dizziness atau dan vertigo.
Keadaan pening ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan lazim disebabkan oleh:
a. Gangguan pada radas Vestibulum di telinga.
b. Keadaan tekanan darah rendah yang mungkin berpunca dari Anemia atau demam-demam seperti denggi, demam panas etc.
c. Gangguan ritma jantung tidak normal/seragam (arrthymia) bagi pesakit jantung.
d. Pengambilan sesetengah jenis ubatan.
e. Hipertensi
Manakala gejala berlarutan vertigo mungkin berpunca dari keadaan:
a. Gangguan pada sistem vestibular
b. epilepsi(sawan)
b. epilepsi(sawan)
c. Stroke atau angin ahmar (kerana kerosakan pada pangkal otak)
Beberapa simptom jelas mengenai vertigo:
a. Pandangan menjadi dua gambaran (diplopia)
b. Berasa sakit kepala seperti migrain (kadang-kadang kuat) terutama semasa hendak berpusing dan mengalihkan pandangan dari satu arah ke arah lain.
c. Berasa tidak stabil semasa hendak bangun dari duduk
d. Ingatan menjadi lemah
e. Kurang bermaya
f. Pening diikuti rasa mual dan muntah
Walau bagaimanapun,
1. Vertigo boleh diubati dengan mengesan punca vertigo berlaku.
2. Risiko bahayanya pula bergantung pada tahap penyakit ini berlaku.
Langkah-langkah atasi Sakit Kepala dan Pening
a. Berbaring b. Jauhi pancaran
matahari
matahari
c. Tuam mata d. Tenangkan fikiran
e. Kurangkan kafein f. Selalu bersenam
g. Berhenti merokok g. Elakkan mengambil
alkohol
alkohol
Peringatan:
Dapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor sekiranya:
a. Kerap sakit kepala
b. Kejang bahagian leher dan demam(Kemungkinan meninggitis)
c. Kebas dan lemah kaki atau tangan, gangguan penglihatan dan
kesukaran bercakap (kemungkinan strok)
Pesakit mengadu kerap sakit kepala
dan sukar untuk tidur
Darah yang diambil dari pesakit yang
menghidap hipertensi dan diabetes.
Sila dapatkan temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan.
Rujukan : 0198565510
No comments:
Post a Comment