Seperti di tepi jalan, pasar-pasar malam, kompleks membeli belah
secara terbuka. Daripada segi etika dan adab rawatan , ini boleh
menjatuhkan maruah pesakit dengan mempamerkan tubuh (buka
baju) secara tidak sengaja atau langsung. Dari segi kebersihan pula
sudah pasti tidak terjamin kerana berbekam perlukan bekalan air
yang secukupnya untuk membersihkan alatan bekam. Pesakit juga
akan terdedah kepada pencemaran persekitaran dan risiko infeksi
luaran ketika atau selepas berbekam.
2. Point bekam yang terlalu banyak dilakukan serentak (pada satu
masa) sehingga 20-30 tempat/point (cup/mangkuk). Amalan seperti
ini dikhuatiri akan merosakkan saraf, dan menyebabkan point-point
bekam lain menjadi lemah (kerana berlaku pertindihan).
3. Membekam pesakit dengan tidak mengeluarkan bendalir darah atau
keracunan di dalam tubuh ( TANPA ditores untuk mengeluarkan darah).
Amalan ini membahayakan pesakit kerana racun atau toksin dalam badan
belum dikeluarkan. Takungan toksin pada point bekam ini mungkin akan
menjejaskan lagi fungsi organ tubuh.
4. Tabib atau Juru bekam yang melakukan bekam tanpa ilmu mencukupi,
dengan hanya meniru-niru tabib bekam yang berilmu dan berpengalaman.
Ini hanya akan membahayakan keadaan pesakit jika ada kesilapan.
Rujukan : 0198565510
Sila buat temujanji untuk nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan bekam terlebih dahulu. Lokasi kami di Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment