PENGENALAN BERBEKAM
1. PENDAHULUAN : NIAT
Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar al-Khatab dia berkata, “Saya
mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya
semua amalan itu bergantung pada niatnya..” (Hadith direkodkan Imam
Bukhari)
Dalam sebuah hadith Qudsi yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim. Sabdanya, “ Allah berfirman, “Aku adalah Zat yang tidak memerlukan
sekutu. Oleh sebab itu, barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang dia
mempersetukan amalan tersebut untuk-Ku bersama selain-Ku, maka Aku berlepas
diri darinya.”
Kita mengambil keputusan menjalankan BEKAM adalah untuk mengabdikan
diri kepada Allah swt, sebagai melanjutkan usaha sunnah Nabi SAW. Berbekam
merupakan khidmat bakti kita kepada masyarakat yang memerlukan rawatan secara
Islam.
“Orang
yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya”Surah Al-ankabut : 69
2. APA ITU BERBEKAM?
Bekam merupakan salah satu warisan perubatan
Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan istilah Melayu bererti pelepasan
darah. Dalam bahasa Arab disebut sebagai Al-Hijamah yang bermaksud
satu prosedur pembersihan darah dengan mengeluarkan sisa toksik daripada badan
melalui kulit secara sedutan.
Bekam adalah kaedah rawatan yang diamalkan
oleh Rasulullah SAW dan para Nabi terdahulu yang menjadi ikutan umat-umatnya
hingga hari ini yang mana pengamal bekam telah dapat disembuhkan dengan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia di muka bumi ini dengan izin
Allah SWT.
Berikut adalah beberapa catatan hadis yang
menyentuh rawatan bekam:i. Telah bersabda Rasulullah SAW " Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra'kan kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam". Riwayat Ibnu Majah
ii. Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" Hadis Riwayat Malik
iii. Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, toresan pisau bekam dan sundutan dengan api(kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku(berubat) dengan kay". Hadis Shahih Al Bukhari
v. "Sesungguhnya metod perubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah(bekam) dan fashdu(venesection)". Hadis Riwayat Bukhari-Muslim
Ramai pengunjung blog ini menghadapi kesukaran untuk berkunjung ke rumah penulis untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di sini saya lakarkan sedikit gambaran peta ringkas bagi rujukan. Sila rujuk 0198565510 terlebih dahulu sebelum berkunjung. TQ
Salam,
ReplyDeletesaya belum pernah berbekam,jadi mempunyai sedikit pertanyaan mengenainya.
1.kalau nak bekam kepala,adakah perlu utk mencukur rambut?
2.Terdapat rawatan bekam untuk perempuan di bekam alyakin?
3.Adakah peralatan bekam yang dgunakan baru untuk setiap pesakit?Sebab mungkin sesetengah pesakit yang datang,kemungkinan tidak menyedari mereka mempunyai penyakit berbahaya yang boleh diinfect melalui darah?
4.Adakah berbekam sakit?
Terima Kasih
クイーンカジノ クイーンカジノ 다파벳 다파벳 제왕카지노 제왕카지노 카지노 가입 쿠폰 카지노 가입 쿠폰 クイーンカジノ クイーンカジノ m88 m88 11bet 11bet gioco digitale gioco digitale 카지노사이트 카지노사이트 794
ReplyDelete