Tuesday, October 25, 2011

Insomnia : ...mengharapkan mimpi indah...


      Anda tergolong dalam pengaruh negatif insomnia sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
a. sukar untuk mengantuk
b. tidur yang kerap terganggu, eg gangguan mimpi etc
c. kerap terjaga semasa tidur malam dan sukar untuk tidur kembali
d. bangun terlalu awal waktu pagi (dini hari)
e. langsung tidak berkeupayaan untuk tidur sepanjang malam

   Diantara penyebab/pendorong gangguan insomnia:
a. Dalam buku Suwen (The Book of Plan Questions, Dinasti Han AD206-220BC) menyatakan gangguan perut(disharmony of the stomach) menjurus kepada insomnia.
b. Dalam buku Jinkui Yaolue (Summary from the Golden Chest), insomnia disebabkan oleh faktor kerja yang melampau atau lemah disebabkan kebimbangan yang teruk.
c. Dalam Dunia Perubatan Ketimuran (juga daripada Perubatan Tradisional Cina), insomnia disebabkan oleh:
   i.   menderitai sakit mental
   ii.  gaya hidup yang tidak sihat
   iii. gangguan fizikal
   iv. pengambilan drug/ubatan dadah tertentu.

   Apabila keharmonian dalaman diganggu, kestabilan shen semangat di dalam jantung terjejas dan insomnia kemudiannya akan berlaku .

Pencegahan adalah lebih mudah
Tahukah anda?      Laporan penyelidik dari Universiti of Alabama, Birmingham, Dr David B Allison  telah menunjukkan , individu yg tidur kurang daripada 4 jam dalam sehari berisiko 73% untuk mengalami obesiti (dan 50 % bagi mereka yang tidur hanya 5 jam sehari).
  Jika kurang tidur, badan kurang menghasilkan hormon leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab  mengawal selera  dan rasa lapar. Paras leptin yang rendah ini menghantar isyarat ke otak untuk memberitahu yang badan kekurangan makanan dan  seseorang individu itu perlu makan lebih banyak, walaupun dia sebenarnya kenyang.

    Walau bagaimanapun, pencegahan awal boleh dilakukan sendiri bagi seseorang yang merasakan ia akan menghidap masalah gangguan tidur. Berikut adalah beberapa saranan yang kita boleh lakukan:


Cuba elakkan faktor penyebab insomnia iaitu ELAKKAN:-
a. meminum minuman yang mengandungi kafein ( eg kopi, teh, minuman kola) dan alkohol, merokok, mengunyah tembakau 2-4 jam sebelum masuk tidur.
b. tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
c. Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur(cuba selesaikan terlebih dahulu)
d. memaksa diri untuk tidur atau merasa risau mengenainya
e. tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Anda boleh cuba mengamalkan:
a.  Bersenam secara tekal  3-5 kali seminggu. Tetapi senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
b. Berehat sebelum tidur. Berhenti dari membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara untuk menenangkan diri  dan  mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Apabila fikiran anda terlalu aktif,anda akan bermasalah untuk berehat.
c. Pastikan persekitaran tidur anda selesa dan menggunakan pakaian tidur yang longgar. Jangan menggunakan tempat tidur anda sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.
d. Jika anda berbaring dalam keadaan jaga untuk melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda, seperti:
• Mandi air suam
• Minum susu suam.
• Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah.
• Mendengar muzik yang menenangkan.
e. Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.
f.  Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan ahli Farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubatan yang menyebabkan masalah tidur.

Perlukah Saya Berjumpa Doktor?

         Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika insomnia berlarutan atau mula mengganggu kerja atau aktiviti harian anda, terutamanya jika menderitai insomnia kronik
(yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit.  

 Peringatan: Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor.  Pil tidur digunakan untuk menghilangkan masalah  tidur untuk  sementara waktu  pada waktu-waktu tertentu sahaja. 

 

Berikut juga merupakan cadangan point-point urut bagi meringankan masalah insomnia:


Rumusannya: Mencegah adalah lebih mudah dari merawat. Berikut merupakan gambaran mudah komplikasi insomnia ke atas penghidapnya:







Menurut hemat saya, fenomena insomnia sangat berkait rapat dengan gangguan saraf tubuh. Ini akan menyebabkan pesakit juga akan mengalami gangguan sistem imun (pertahanan tubuh)  sehingga mudah mengalami demam/selsema biasa, gangguan sistem pencernaan sehingga mengalami masalah sembelit atau cirit birit, Sistem Peredaran yang menyebabkan kerap sakit kepala dan pening. Oleh itu, saya amatlah menyarankan pesakit cuba mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan bekam dengan segera.
                                                                             -Ahmad Abdullah

Rujukan : 019-8565510

Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.


di alamat: No 292G, Jln Bunga Tanjong, Gita, Kuching.



No comments:

Post a Comment