Sunday, February 27, 2011

Hipertensi(Tekanan Darah Tinggi) : Terkecualikah anda?

     Apabila darah kita dipamkan melalui arteri, maka tekanan akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.
    Tekanan darah dicatatkan dalam 2 bacaan angka. Bacaan angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Bacaan angka di bawah (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
    Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan jenis aktiviti yang kita lakukan. Pemeriksaan perlu dibuat beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu hipertensi?
    Hipertensi merujuk kepada fenomena tekanan darah  ke atas  dinding saluran darah.  Keadaan ini memberikan bacaan tekanan darah melebihi 140/90 secara berterusan meningkat dan telah dilakukan ujian berkali-kali.

    Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.
    Masalah utama hipertensi ialah tidak ada sebarang  simptom  sehingga timbul sebarang komplikasi yang nyata. Walaupun keadaan kerap letih / selalu terasa pening / sakit kepala dikaitkan dengan gejala awal.

    Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Penyebab
1. Umur – arteri besar yang semakin kurang  kekenyalan dan ini merintang aliran darah yang meningkatkan tekanan darah
2. Keturunan
3. Jantina- lelaki lebih kerap
4. Merokok
5. Keterlaluan minum arak
6. Keterlaluan makanan garam
7. Obes- kegendutan
8. Kurang bersenam
9. Faktor tekanan kejiwaan,
    pekerjaan dan Persekitaran

       Penyebab-penyebab  1-9 merupakan hipertensi essential -disebabkan oleh pembuluh darah- memaksa jantung berdegup lebih kuat.

Hipertensi Sekunder - merupakan akibat penyakit seperti :
9.   Penyakit buah pinggang
10. Gangguan hormon
11. Diabetes (Kencing manis)
12. Masalah Penyakit Jantung
13. Fenomena Kehamilan
14. Pil Pencegah Hamil

Komplikasi Hipertensi
       Kekurangan aliran darah  ke otak yang disebabkan oleh hipertensi akan menyebabkan sebahagian  sel-sel otak mati secara tiba-tiba.Ini akibatkan sebahagian anggota lumpuh atau lemah  dan sebahagian otak boleh terjejas.
    Hipertensi akan memaksa jantung bekerja lebih kuat dan menyebabkan pembengkakan pada jantung kiri. Sekiranya keadaan seperti ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengakibatkan lemah jantung.
      
Langkah-langkah Pencegahan
a. Berhenti merokok
b. Kurangkan pengambilan garam
c. Berhenti Ketagihan arak
d. Kawal Stress
e. Bersenam
f.  Kurangkan berat badan- obes
g. Berhenti mengambil Pil Pencegah Hamil
h. Kawalan ubatan seperti beta-blockers, diuretic, Losartan.
         Memantau hipertensi sangat perlu dengan membuat  pemeriksaan tekanan darah setiap enam bulan sekali.

Risiko Hipertensi
    Secara umumnya, risiko hipertensi yang tidak diberi perhatian serius akan menyebabkan :
a. Pembesaran jantung, mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.
b. Pembentukan bonjolan kecil pada saluran darah
c. Kegagalan fungsi buah pinggang(ginjal)
d. Proses pengerasan salur darah yang lebih cepat mendapat serangan sakit jantung, strok dan amputasi.
e.Gangguan fungsi mata – salur darah mudah pecah.
Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
<130 mmHg
< 85mmHg
Normal tinggi
130-139
85-89
Tekanan darah tinggi peringkat 1
140-159
90-99
Tekanan darah tinggi peringkat 2
160-179
100-109
Tekanan darah tinggi peringkat 3
180-209
110-119
Tekanan darah tinggi peringkat 4
≥ 210
≥ 120
 


Tahukah anda?
Penghidap hipertensi mudah pening kepala dan marah-marah. Bial ia berlari kuat, ia mudah sakit kepala(yang bahaya); bila ia bekerja kuat akan mudah letih dan lesu sehingga membawa maut; jika berfikir secara serius, ia mudah pening kepala.

Tahukah anda?
Penghidap hipertensi sentiasa berdengung telinganya dan jantung berdebar-debar. Pesakit biasa kabur penglihatan, selalu sakit pinggang dan sakit di bahagian kepala.

Kami mencadangkan pesakit harus menjalani
fasa-fasa rawatan yang teratur segera untuk
mendapat pemulihan yang maksima bagi kes ini.

Sila buat temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan segera.

Rujuk: 0198565510

##Post ini akan dilanjutkan lagi dalam kadar segera. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment