Sunday, March 13, 2011

Kencing Manis : Antara Mitos dan Fakta sebenarnya...

      4-5 dekad dahulu, masyarakat kita (kampung) selalu menganggap gejala-gejala dan komplikasi kencing manis (yang ketika itu belum mengetahui keadaan sebenar) sebagai 'buatan orang'. Lingkungan 2 dekad kemudian, ramai pula yang menganggap penyakit ini hanya dihidap oleh warga tua / warga pencen; malah Tinjauan Kesihatan Kebangsaan 1998 mendapatkan bahawa kes kencing manis Jenis II adalah sebanyak 0.8% di kalangan individu 18-29 tahun, manakala 3.3% di kalangan individu berusia 30-50 tahun.
     Malah kini ramai juga yang menganggap kencing manis adalah masalah genetik (keturunan) dan tiada apa yang dapat untuk menghindarinya. Genetik memainkan peranan penting dalam kebarangkalian berlakunya kencing manis, tetapi masih lagi banyak faktor lain penyebabnya seperti pemakanan atau diet melampau dan gaya hidup kurang bersenam.
      Kencing manis atau Diabetes mellitus dengan perkataan mellitus bermaksud rasa manis dikhuatiri akan meningkat penghidapnya sehingga ke 300 juta masa kini. Semakin membimbangkan penyakit ini meningkat di kalangan golongan muda terutama individu yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan kualiti pengambilan pemakanan/diet harian. Ramai pula yang tidak menyedari mereka mengalami masalah paras gula tinggi dalam badan (yang dipanggil Kerintangan Insulin) secara sambil tidak endah untuk melakukan Penyaringan Kesihatan secara berkala. Justeru itu, ramai yang tidak sedar mereka meniti 'laluan' untuk mendapat diabetes, sakit jantung atau kedua-duanya sekali. 
Apakah Diabetes ?
Ia merupakan keadaan kekurangan insulin yang disebabkan oleh:
    a. Organ Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi
    b. Insulin yang dihasilkan tidak berkesan (disebabkan kekurangan  nutrien tertentu
        atau enzim)
Ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel tubuh badan tetapi dengan peningkatan paras glukosa ia melimpah keluar ke dalam air kencing. Tanpa berfungsinya insulin, sel badan berkeadaan tanpa glukosa dan menyebabkan badan kekurangan tenaga, walaupun paras glukosa tinggi dalam darah. Keadaan seperti hiperglisemia (keadaan paras gula tinggi dalam darah) ini amat bahaya dan boleh menyebabkan simptom seperti loya, muntah dan sakit perut. Jika keadaan bertambah teruk, orang terbabit akan berasa mengantuk dan mungkin tidak sedarkan diri(koma) yang boleh membawa kepada maut.

Terdapat 2 Jenis Diabetes:
a. Jenis I - Diabetes yang Bergantung Pada Insulin (Insulin-dependent)
b. Jenis II - Diabetes Tanpa Bergantung Pada Insulin (non-Insulin dependent)

Diabetes Jenis I
Diabetes Jenis II
Jarang berlaku tapi keadaannya lebih teruk
Biasa berlaku
Di kalangan usia 10-16 tahun
Di kalangan lebih dewasa 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat-pengeluaran insulin dari pankreas  dimusnahkan
Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak cukup, gula meningkat
Tiada sejarah keluarga penghidap diabetes
Ada sejarah keluarga penghidap diabetes
Tidak dikaitkan dengan obes (kegemukan)
Di kalangan obes (kegemukan) meluas
Pesakit mengalami simptom/tanda serius
Merupakan ‘Penyakit Senyap’, biasanya tanda keluar secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi penyakit
Rawatan : Pemakanan dan Suntikan Insulin
Rawatan:Pemakanan + Senaman(kurangkan berat) + makan ubat + Suntikan Insulin(bagi kes tertentu)

Apakah Faktor Risiko Diabetes?
Sesiapa sahaja, namun sesetengah orang pula lebih mudah menghidap diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang tersebut seperti:
a. Obes(kegemukan)                 b. Gaya Hidup Tidak aktif                c. Faktor Usia
d. Sejarah Keluarga Diabetes     e. Faktor Pemakanan- kaya lemak dan kurang serat
f. Bangsa                            
g. Autoimmune disorder-gangguan dalaman yang merosakkan pankreas
h. Infeksi virus- yang merosakkan pankreas yang akan meransang faktor (f) di atas.


Apakah Simptom-simptom Diabetes?
a. Selalu merasa dahaga                        b. Mudah letih dan lesu
b. Kerap Kencing                                  d. Penglihatan jadi kabur
e. Kebas kaki/tangan                            f. Rasa berdebar-debar
g. Susut berat badan walau berselera      h. Luka/Kudis lambat sembuh
i. Gatal terutamanya pada bahagian kemaluan
j. Jangkitan kulit yang berulangan
 
 Saringan Kesihatan sangat penting tanpa mengira usia anda...

Apakah Komplikasi Diabetes?
      Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.
      Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Keadaan darah kaki dibekam dari pesakit yang mengadu
kebas-kebas kaki dan lemah badan (bukan pesakit diabetes),
tetapi setelah diuji darah bekam dengan glukometer, bacaannya 13.6 

Pesakit adalah dinasihatkan agar mengikuti fasa-fasa rawatan
bekam secara tetap untuk mendapatkan kesan penyembuhan
yang sebaiknya, disamping mengambil pemakanan kesihatan 
yang dicadangkan.

Post berikutnya akan membincangkan cara rawatan dan pemakanan kesihatan berasaskan madu ke atas pesakit diabetes, dalam kadar segera insya Allah. Terima kasih.

Ref : 0198565510
Lokasi Kami: Kuching, Sarawak
Sila buat temujanji untuk mendapatkan nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan.



No comments:

Post a Comment