Sunday, October 2, 2011

Insomnia : Menggigit emosi dan jasad...


Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

          Insomnia  ialah kesukaran untuk tidur (tidur tidak nyenyak) atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun ia telah tidur secukupnya. Oleh itu, pesakit  insomnia akan merasa tidak cukup tidur, tidak dapat tidur nyenyak  malam hari dan kurang aktif (tidak bertenaga) di siang hari.

           Tanda tidur yang mencukupi  ialah apabila anda bangun pada pagi hari dan  merasa bertenaga dan telah  berehat secukupnya . Sebanyak mana tidur yang anda perlukan pula bergantung kepada individu dan mungkin hanya empat jam semalam atau mungkin hingga 10 jam. Fisiologi tidur akan berubah apabila umur seseorang meningkat.  Tempoh tidur di  kalangan warga tua adalah lebih pendek, kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga pada waktu malam. Warga tua mungkin akan  lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak pula biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.
Jadi, Insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri.

Jenis-jenis Insomnia
a.     Insomnia Sementara-Ia bergantung pada keadaan, biasa disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup-mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri sesuatu akan berlaku.Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.
b.    Insomnia Jangka Pendek- Jika kes lebih banyak tekanan yang datang (eg. kematian seseorang yang amat disayangi / dibuang kerja / penceraian), Insomnia sementara mungkin melarat menjadi Insomnia jangka pendek, biasanya Insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.
c.    Insomnia Kronik- Jika Insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi Insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan kepada beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, gangguan fisiologi, penyalahgunaan alkohol/dadah. Jadi, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca Insomnia kronik jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.
 
 Simptom-simptom Insomnia
• Sukar untuk tidur (berbaring dalam keadaan jaga) lebih daripada sejam atau
   lebih sebelum dapat melelapkan mata.
• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, kerap terjaga beberapa kali
   di waktu malam.
• Terbangun di awal pagi, kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
• Terasa letih/mengantuk pada waktu siang dan Ini menyebabkan kerap tidur
   di siang hari.

Faktor-faktor Punca Insomnia
a.    Faktor Gaya Hidup- Sikap dan ubatan boleh menyebabkan berlakunya Insomnia, memburukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat buruk meminum alkohol, kafein (eg. kopi) dan merokok juga penyebab utama. Faktor gaya hidup seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa berkerja, perjalanan yang jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi akan menjadikan menyebabkan insomnia semakin teruk. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja.

b.    Masalah-masalah kesihatan– Penyakit yang menyebabkan rasa sakit (eg.  Angina Pektoris, Artritis, kanser, Ulser Peptik atau Refluks saluran Gastrousus), dan masalah pernafasan (eg. asma, Bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap membuang air kecil (eg. penyakit kencing manis). Masalah-masalah Penyakit lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson  dan masalah buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

c.    Masalah psikiatri– seperti kemurungan, gangguan keresahan, gangguan bipolar, Skizofrenia, penyalahgunaan dadah atau ubat-ubatan juga boleh menyebabkan insomnia.

d.    Persekitaran tidur yang tidak selesa– Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapal terbang, bunyi televisyen jiran bilik yang terlampau terang atau suhu bilik yang terlampau sejuk atau panas, bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga menjejaskan kualiti tidur.
 

Biasanya pesakit akan secara tidak sedar tidur dengan nyenyak semasa menjalani bekam. Menurut pengalaman kami, pesakit insomnia akan mudah tidur malam (nyenyak) setelah menjalani fasa-fasa rawatan bekam yang betul. 

      Menurut hemat saya, fenomena insomnia sangat berkait rapat dengan gangguan saraf tubuh. Ini akan menyebabkan pesakit juga akan mengalami gangguan sistem imun (pertahanan tubuh)  sehingga mudah mengalami demam/selsema biasa, gangguan sistem pencernaan sehingga mengalami masalah sembelit atau cirit birit, Sistem Peredaran yang menyebabkan kerap sakit kepala dan pening. Oleh itu, saya amatlah menyarankan pesakit cuba mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan bekam dengan segera.
                                                                             -Ahmad Abdullah

Rujukan : 019-8565510


Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.


di alamat: No 292G, Jln Bunga Tanjong, Gita, Kuching.






1 comment: