Thursday, January 6, 2011

Gout : Rawatan Semulajadi Sebagai Pemulihan

GOUT

        Gout merupakan salah  satu penyakit sendi yang tertua,dikenal sebagai  ‘Raja segala penyakit dan  penyakit di kalangan raja’. Penyakit  yang dikenali semenjak empayar Rom  ini dihidap  oleh pemimpin-pemimpin Rom pada ketika itu  kerana pengambilan alkohol dan makanan mewah.
      Gout akan menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang  keupayaan  untuk bergerak. Dari segi dapatan, gout lebih banyak dideritai oleh lelaki lingkungan umur 40-an dan ke atas berbanding wanita. Biasanya wanita mendapat gout selepas menopause.

    Bagaimanapun, jika penghidap terdiri daripada mereka yang muda- lelaki berumur di bawah 30 tahun @ wanita yang belum menopause, doktor mengesyaki mereka  menghadapi masalah enzim. Masalah ini menyebabkan  Purina  dihasilkan berlebihan dan kegagalan dalam pemprosesan di bahagian ginjal.

Bagaimana punca penyakit gout?

    Asid Urik merupakan sejenis  bahan kimia yang terhasil daripada pecahan Purina atau bahan-bahan buangan di dalam tubuh. Ia biasanya diserap ke dalam darah dan masuk ke ginjal untuk dikumuh melalui air kencing.
    Bagaimanapun jika penghasilan asid urik yang berlebihan dalam tubuh meningkat  atau ginjal gagal mengumuhkan bahan buangan ini, parasnya akan meningkat. Peningkatan asid urik dalam darah dkenal–hiperuricemia.
     Paras asid urik yang berlebihan dalam badan akan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh; dan sendi yang biasa terbabit ialah sendi  di bahagian ibu jari kaki, lutut dan buku lali.
     Gout juga membabitkan bahagian tubuh tertentu seperti tapak kaki, jari, siku, dan cuping telinga di mana asid urik boleh terkumpul. Pembentukan jarum kristal pada cuping telinga ini dipanggil –tophi.

Apakah simptom-simptom Gout?

  1. Sakit sendi terutama sendi ibu jari kaki.
  2. Bengkak, merah, panas sendi terbabit.
  3. Sendi rasa sangat sakit dan kaku.

Apakah punca-punca Gout?

  1. Genetik: Faktor sangat penting 
  2. Obes: Pengambilan makanan yang secara berlebihan meningkatkan penghasilan asid urik dalam tubuh dan risiko hiperuricemia.
  3. Alkohol melampau: ianya mengganggu proses pembuangan asid urik dalam tubuh.
  4. Pemakanan kaya Purina:  Menyebabkan gout lebih teruk.
  5. Kecacatan Enzim: gagal untuk memecahkan Purina di dalam tubuh.
  6. Terdedah kepada pencemaran plumbum.

7. Pengambilan dadah tertentu seperti:
  a. diuretic untuk hipertensi, edema dan penyakit jantung.
  b. Asid salicylic seperti aspirin dengan dos rendah.
c.    Vitamin niacin @ asid nikotinik
d.   Pyrozinamide –ubat penyakit tibi.
Ubat ini akan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengumuhkan asid urik.

        Pada hakikatnya, kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan ancaman mengerikan dgn pencemaran air, udara, makanan, tanah tercemar dengan bahan industri bertoksik seperti raksa, cadmium, plumbum dan kuprum. Toksin yang jika tertelan oleh kita akan terkumpul di celah sel darah. Jika terlalu banyak, gejala-gejala yang pelik dan serius akan timbul.

          Tahukah anda?     Segala jenis kesakitan pada tubuh , bengkak , sakit sendi , gout, rheumatisme , kelemahan ginjal , diabetes juga disebabkan oleh himpunan toksin.

Dapatan fail untuk rawatan Sesi III pesakit gout.


Bagaimana pencegahan boleh dilakukan?



  1.   Mengurangkan berat badan(obes)
  2.    Kurangkan makanan kaya Purina- hati, sea food, ikan bilis, udang, kambing etc
  3.   Berhenti merokok

Bagaimana rawatan moden dilakukan?

1. Colchicine –sejenis ubatan untuk menangani gout secara tiba-tiba. Namun ia boleh menyebabkan rasa loya, muntah dan cirit-birit.
2.   Sesetengah individu yang mendapat gout 3-4 kali setahun perlu mengambil ubat gout setiap hari- eg allopurinol.
 3. Dos ubatan NSAIDs @ ubat suntikan kortikosteroid pada sendi terbabit biasa diberikan kepada pesakit gout yang secara tiba-tiba.

#  Namun  pesakit biasanya akan pulih  dalam jangka masa beberapa jam atau bebas daripada sebarang serangan dalam jangka masa beberapa hari selepas rawatan.
#  Sasaran untuk  rawatan gout ini adalah  untuk mengurangkan kesakitan akibat gout secara tiba-tiba dan mencegah pembentukan tophi @batu karang pada buah pinggang.

Apakah komplikasi penyakit gout?
1.   Pembentukan batu karang pada buah pinggang.
2.   Gout serius- chronin tophaceous- garam asid urik yang membentuk kristal ini boleh membentuk batu kapur pada sendi.
3.  Kerosakan buah pinggang.

 
 
Rujukan : 0198565510
Sila buat temu janji terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat pemakanan dan rawatan segera.
Post kami : Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment