Thursday, January 20, 2011

Migrain : Menghukum Penderita Sepanjang Hayat


    

      Migrain dideritai oleh 10% daripada kependudukan umum. Ia boleh mengenai lelaki atau wanita tetapi ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita(iaitu 75%) disebabkan oleh faktor perubahan hormon.
     Sesetengah wanita yang menderitai migrain tidak mengalaminya semasa mengandung tetapi kembali muncul selepas melahirkan anak.



Siapakah yang biasa menderitai migrain?




       Migrain boleh mengenai semua peringkat umur, bermula dari kanak-kanak tetapi lebih kerap di kalangan remaja dan dewasa , sedangkan agak kurang di kalangan mereka yang berumur. Migrain juga dihidap oleh beberapa ahli dalam sesebuah keluarga.
       Migrain merupakan sakit kepala yang berdenyut-denyut, dan biasanya dikaitkan juga dengan keadaan gangguan penglihatan, rasa loya, muntah ,ceret-beret mahupun sembelit, sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising.

Penghidap migrain perlu mendapat
rawatan segera untuk mengelakkan
lebih banyak kerosakan saraf otak.

Apakah pencetus migrain?










a.    Stress atau gangguan emosi
b.    Makanan tertentu eg keju(makanan tenusu), kafein, cokelat, alkohol, sesetengah jenis perisa(MSG) dan pengawet, hati ayam, buahan sitrus, redwine  etc.
c.    Terlalu lapar
d.   Keterlaluan bekerja atau aktiviti lasak
e.    Mengambil beberapa jenis dadah (ubatan) eg pil pencegah hamil, pil darah tinggi
f.     Kecerderaan kepala
g.   Gangguan rangsangan eg bunyi bising atau cahaya terlalu terang
h.   Ketidak seimbangan hormon

Apakah yang berlaku semasa migrain?

        Belum dapat dikenal pasti lagi sepenuhnya keadaan yang menyebabkan migrain berlaku. Dipercayai perubahan pembuluh darah pada bahagian otak penyebab utama kepada migrain. Perubahan yang walaupun sedikit ini boleh menyebabkan migrain disebabkan kesensitifan otak menyebabkan seseorang rasa tidak sihat. Keadaan serius ini juga dipercayai disebabkan oleh keradangan secara kimia ke atas pembuluh darah yang seterusnya menyebabkan rangsangan gangguan sistem saraf.

Berapa kerap migrain mengganggu?
a.    Jarang- iaitu sekali setahun atau kurang
b.    Beberapa kali sebulan atau
    
Beberapa kali seminggu dan kekerapan ini berbeza di antara individu. Ada juga wanita yang menghidap  migrain sejurus setiap kali sebelum kedatangan haid.

Berapa lama migrain mengganggu?
Biasanya migrain akan berakhir selepas beberapa jam, tetapi ada juga kes berlarutan sehingga beberapa hari.




Apakah simptom-simptom Migrain?
a. Migrain Tanpa Aura :  1. Kesakitan – biasanya bahagian sebelah
                                        kepala. Sangat sensitif pada gerakan,
                                        bunyi dan cahaya.
                                       2. Loya
                                       3. Muntah

b. Migrain dengan Aura :
                1.  20 minit sebelum sakit kepala akan disertai aura:-
                          a. loya dan muntah               b. blind spot besar
                          c. penglihatan berbintang       d. zig-zag
                          e. bunyi @ bau aneh              f. kebas sebelah
                                                                       badan
                2. Sangat sensitif pada cahaya
                3.Dalam sesetengah kes- lumpuh sebelah badan

Apakah langkah yang harus diambil jika migrain?
F  Berbaring,rehat … tidur di dalam bilik sunyi dan gelap
F  Mandi sejuk @ letak pek ais pada bahagian sakit
F  Kenalpasti pencetus migrain dan cuba atasi @ elakkan
F  Dapatkan nasihat doktor dan pain killers yang disarankan

 
RUJUK : 019-8565510
SILA BUAT TEMUJANJI UNTUK MENDAPAT NASIHAT PEMAKANAN KESIHATAN DAN RAWATAN.

 

No comments:

Post a Comment