Monday, January 10, 2011

Madu Lebah : Keajaibannya Disebut-sebut Sepanjang Zaman


Surah An-Nahl:69 " ...Di dalamnya MADU menjadi penyembuh bagi penyakit manusia".

Manakala para Doktor Islam mengakui bahawa MADU itu menjadi ubat penting bagi pesakit diabetes(kencing manis) dan hipertensi(tekanan darah tinggi)...



Dalam maksud al-Hadis pula : "Hendaklah kamu menggunakan DUA PENAWAR, iaitu MADU LEBAH dan AL-QUR'AN"


Naskah perubatan tertua dunia iaitu dalam Tamaddun Sumeria(2000BC) menyebut MADU digunakan sebagai adunan ubat

Ahli Perubatan Mesir menyatakan MADU digunakan untuk rawatan luka, sakit mata, kudis, sembelit, membantu kencing(lawas), radang kaki dan penyakit lutut.


Hippocrates (460-377BC), ahli perubatan Greek(Bapa Perubatan Moden) menggunakan MADU di dalam pelbagai rawatan penyakit.


Sistem Perubatan AYURVEDIC banyak menggunakan MADU untuk mengubat batuk, lelah, kulit, cirit-birit dan sembelit. Ramuan susu-madu pula dapat membantu
 awet muda. 


Socrates menganggap MADU lebah sebagai "Ubat Ajaib" untuk pelbagai jenis penyakit, menyuburkan badan sehingga umur Socrates mencecah 107 tahun.


"Sesiapa yang meminum MADU lebah 3 pagi setiap bulan tidak akan dijangkiti penyakit
yang membawa mudarat"                     
-Fazlul Karim,1938


Dunia Perubatan China menyebut MADU mampu memanjangkan umur, merawat penyakit perut
 dan usus, menyejuk badan. Adunan MADU-GINSENG digunakan untuk merawat penyakit urat saraf.



Bagi masyarakat Melayu, MADU digunakan sebagai Raja Ubat (Mohd Noh A.R 1990) dan digunakan dalam adunan tonik, makjun, jamu; juga diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk penyembuhan sistem peranakan. Disebabkan keistimewaan MADU di dalam jagaan kesihatan maka ia mendapat banyak gelaran seperti "Teman Penjagaan Kesihatan Terbaik Manusia", "Susu Orang Tua", dan "Raja Gula". 




Seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan mengadu halnya : "Sesungguhnya saudara saya sakit perut(cirit-birit)". Sabda Rasulullah SAW: "Berikanlah MADU lebah".

Rasulullah SAW bersabda:
"Kesembuhan itu berlaku pada 3 perkara
1. Pada(menerusi) torehan tempat bekam,
  2. atau pada(menerusi) minuman madu,
  3. atau pengubatan dengan api(besi panas); sedang saya melarang umat saya dari menggunakan besi panas"



Rujukan : 0198565510
Sila buat temujanji untuk mendapat rawatan dan nasihat pemakanan kesihatan. TQ

No comments:

Post a Comment