Sunday, January 23, 2011

Madu Lebah : Rawatan Penyakit Dengan Asasnya Madu Lebah

     Berikut beberapa panduan kepenggunaan madu lebah berasaskan madu lebah sebagai bahan adunan. Panduan ini adalah  diambil dari bahan rujukan terpilih dan rujukan juga kepada pengamal-pengamal perubatan berasaskan madu lebah.

Beberapa hal yang perlu diambil pertimbangan terlebih dahulu ialah:

a. Pada asasnya, TIADA sebarang keracunan dalam rawatan berasaskan madu lebah, memandangkan madu itu sendiri adalah makanan dan juga ubat.

b. Kebiasaannya pasti ada perbezaan pendapat tentang bahan dan kuantiti sebagai adunan ubat berasaskan madu lebah, merujuk kepada kebiasaan amalan setempat, faktor geografi, bangsa etc. Anda boleh memilih berdasarkan keperluan dan kepercayaan anda.

Pengenalan: 
      "Daripada perut lebah itu keluar minuman(madu) yang beraneka warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi(keseluruhan penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda(Kebesaran Allah swt) bagi orang-orang yang memikirkan ( ahli ilmu, sarjana-sarjana, pengkaji-pengkaji)".                       (Surah An-Nahl : 69)


1.  Alahan(allergic) :
Punca masalah adalah daripada sensitiviti tubuh badan kepada benda asing yang memasuki tubuh badan. Sensitiviti yang melampau terhadap tindak balas makanan, udara, tempat, bahan kimia tertentu, binatang etc, ini disebabkan oleh darah mengalami gangguan keracunan(timbunan) atau keadaan darah 'kotor' sehingga sistem imun badan eg Ig badan kita sangat sensitif dan melampau. Ini juga disebabkan badan kita kekurangan Vitamin B6, Vitamin C dan manganese. Oleh itu, nutrien air madu yang kaya dengan bahan tadi penting dalam rawatan.
Cadangan rawatan:
a. Air madu diminum 2 sudu besar, setiap 4 jam
b. Selepas rawatan bekam: disarankan minum susu kambing atau air madu seperti para a.

2. Sukar buang air besar.
Rawatan :
a. Air madu 1 sudu besar + susu cair sejuk 1 gelas. Diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan pada awal malam. Amalan ini membantu membersih dan menyegarkan sistem penghadaman kita.

 
3. Kanak-kanak Batuk
 a. Madu 1 sudu kecil dicampur sebati bersama 1 cawan susu suam. Diminum 1-2 sudu setiap 4 jam.
Ramuan ini juga sangat sesuai untuk merawat Serak Tekak Kanak-kanak, Lendir(balgham) pada kanak-kanak, Mengawal atur suhu badan kanak-kanak.


4. Anaemia (Kekurangan darah merah)
Keadaan ini disebabkan kekurangan Vitamin C dan zat asid Folik. Kehadiran kedua-duanya dalam air madu dapat membantu penyakit ini.
a.  Air Madu 1 sudu besar dicampur sebati dengan susu 1 cawan. Amalkan waktu sarapan pagi, tengah hari dan sebelum malam. Ramuan ini juga sangat sesuai untuk masalah susah tidur (Insomnia).


5. Meningkatkan sistem imun dan mencegah jangkitan penyakit(antibiotik semula jadi)

a. Madu 1 sudu besar diadun bersama 1 sudu jintan hitam(habbatus sauda'), diamalkan awal pagi, tengah hari dan awal malam.


6. Asma (lelah)

a. Madu 2 sudu besar + Perahan Limau Nipis 1 biji. Diminum awal pagi, tengah hari dan awal malam.

b. Madu 1 sudu besar + Minyak jintan hitam 1 sudu kecil + air suam 1 cawan. Ketiga-tiganya dicampurkan, sebaiknya hidu(sedut) baunya ke hidung dahulu sebelum terus diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.

c. Madu 3 sudu besar , asam jawa 2 sudu besar , gula batu 5 biji , air suam 1 cawan.   Penyediaan: Asam dan gula batu dihancurkan dan dimasukkan dalam air suam, dan ditapis. Kemudian masukkan madu. Minum 2 sudu untuk 3 kali sehari.


7. Badan Sentiasa Rasa Lemah

Madu mempunyai bahan bagi tujuan pemulihan tenaga, memperbaiki jalinan-jalinan dalam tubuh dan mempunyai kuasa penyembuhan luar biasa. Madu mempunyai kaya dengan vitamin A, B, C, D, dan E yang berfungsi untuk menguatkan badan yang lemah.

a. Madu 1/2 cawan + air susu 1/2 cawan. Diminum 2-4 sudu besar pada awal pagi, tengah hari dan sebelum malam.

b. Madu 1 sudu besar + Minyak Zaitun 1 sudu besar, diadun sehingga sebati dan diminum sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengah hari dan sebelum makan malam.


8. Batuk Berdahak

a. Madu 2 sudu besar, dijilat dan dicampur dengan air liur, digerakkan dalam mulut dan ditelan.Buat beberapa kali sehingga ada kesan yang baik.

b. Madu 1 sudu besar + Perahan Limau nipis 1/2 biji. Keduanya dicampur sebati. Diminum 1-2 sudu besar, 3 kali sehari termasuk sebelum tidur malam.


9. Batuk Berdarah

a. Madu 2 sudu besar + telur ayam kampung 1 biji. Diadun sebati dan diminum. Perlu disediakan dan diulangi jika perlu.


10. Batuk Berkahak

a. Madu 3 sudu besar + Jintan Hitam(Habbatus sauda') 1 suduu kecil. Jintan hitam diproses halus dan diadun sebati dengan madu. Diminum terus, perlu diulangi jika perlu.

b. Madu 3 sudu besar + asam jawa 3 sudu besar. Keduanya diadun sebati, ditelan 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

c. Madu 3 sudu besar + Halia 3 kerat + Perahan limau nipis 1 biji. Halia di proses lumat dan dicampur kesemuanya sehingga sebati, diminum 1 sudu besar untuk 3 kali sehari.

Akan disambung dalam post berikutnya...

RUJUKAN: Rawatan berbekam adalah sangat disarankan untuk membantu pemulihan dan penyembuhan yang lebih baik.


Masalah asma dan mudah demam tidak boleh dipandang ringan untuk memastikan pertumbuhan sihat dan kecergasan mereka di dalam persekolahan mereka terjamin. 
Rujukan : 0198565510
Sila buat temujanji untuk mendapatkan khidmat nasihat pemakanan kesihatan dan rawatan. TQ

No comments:

Post a Comment